Tuesday, December 28, 2010

Freemason & Illuminati

Siapa yang x tau pasal Freemason dan Illuminati ni? Seluruh rakyat Malaysia aku rasa dah tau. Dengan orang-orang asli sekali dah tau. Kenapa isu si Freemason and si Illuminati ni hangat sangat diperkatakan?

Kepada yang x tau apa tu Freemason and Illuminati, ni ada description dia.

Freemason: Sebuah mansion yang free untuk diduduki. Sesiapa saja boleh masuk, asalkan korang sanggup jadi orang gaji dalam mansion ni untuk 1 malam.

Illuminati: Salah satu jinx dalam cerita Harry Potter. Dia boleh menyebabkan mata orang yang kena sihir tu silau sampai x boleh bukak mata.

Haha. Tipu je. Descriptions tu adalah apa yang first thing came out from my mind when I first heard bout em. Aku rasa semua dah tau pasal organization ni, so x payah lah aku nk explain lagi kan.

I am here to gelak-guling-guling-sampai-mati mengenangkan betapa narrownya pemikiran kita. Macam manalah benda ni boleh jadi isu kat Malaysia. OK. Freemason and Illuminati ni do exist. So what? Ada kau nak declare war nak lawan balik? Ada kau buat conference or mogok so that this thing will shut down? Harga minyak naik tau pulak kau nak buat mogok. Ni benda pasal ni x nak pulak kau nak mogok. Yang pasal minyak tu pun satu. Buat apalah kau nak kecoh-kecoh bila harga minyak naik. Dah memang harga minyak naik satu dunia, so Malaysia nak x nak kena jugak lah naikkan harga. Kalau x naik harga, kerajaan kena tanggung semua kos tu. Kalau dah kena tanggung kos tu, mana kerajaan nak cari duit nak buat benda lain? Then bising kerajaan corrupt.

OK. Stop. Lebih-lebih kang aku kena attack pulak. Back to Freemasonry. Apa yang kita tau pasal freemason? Ada mata satu. Lucifer. Bangunan berbentuk geometri. Bintang Israel.

Aku x kisah kalau kau nak cakap Freemason ni wujud. Itu hak korang. But x payah lah taksub sangat. Jalan-jalan kat bandar, ternampak something yang mencurigakan, "Eh, ni Freemason." WTH man. Cant you just enjoy this life? X payah nak kecoh-kecoh pasal diorang ni.

Korang x terfikir ke yang organization ni gain their power through rasa takut kita? Dengan ketakutan kita, mereka akan lebih ber-influence. Dengan rasa takut kita, kita akan sebarkan kepada rakan-rakan kita. Begitu juga dengan rakan kita, mereka akan sebarkan kepada rakan-rakan mereka pula. Benda ini x kan berhenti. Bila semua dah tau pasal Freemason dan perasaan takut ke atas organization ni dah menular ke seluruh pelosok dunia, kau x rasa ke masa tu lah "Dajjal" yang korang takut sangat tu akan keluar? If betul la "Dajjal" yang keluar tu betul2 Dajjal yang Allah sebut dalam Quran. Kalau "Dajjal" yang akan keluar tu adalah sekadar manusia biasa yang berlakon sebagai the true Dajjal, korang dah x kan dapat bezakan pun. Main percaya je. Sebab? Sebab korang dah takut sangat dengan benda ni.

Apa tanda-tanda kiamat? Banyak kan? Aku nak letak salah satu je. Diangkat al-Quran dan Ilmu addin dari manusia. Kiamat akan terjadi apabila umat di muka bumi ni dah tak percaya al-Quran. Okay lah. It's not that umat Islam akan hilang kepercayaan terhadap al-Quran. But bila idea Freemasonry dan Illuminati ni timbul, mesti ramai antara kita yang terus percaya dengan apa yang dipaparkan dalam video-video tu. Aku x kata benda tu salah sebab aku pun x tau betul ke x semua tu. But bila kita terus mempercayai apa yang dipaparkan kepada kita tanpa merujuk kembali kepada al-Quran, itu boleh dikira sebagai kita mengabaikan Quran. Dan dengan semakin pesatnya idea ni menular ke seluruh Malaysia, aku yakin dah ramai yang telah membuatkan tanda besar kiamat ni makin terserlah.

Enough of this nonsense. Aku xnak panjang-panjang. Nanti peminat Freemason hack blog aku pulak. Sorry ye you all. Mak tulis apa yang mak nampak je. Jangan lah offended. Mak mintak maaf ye nyah-nyah sekalian.

Kenapa aku tiba-tiba tulis pasal freemason ni? Sebab tadi aku baca-baca, then ada orang cakap Upin&Ipin ni idea Illuminati. Kepala abah kau! Entah scene mana tah illuminatinya. Then yang aku x boleh blah, air pancut kat Putrajaya. Dia kata macam mata Dajjal. Adoi.. Air pancut memang lah akan berbentuk bulat. Bila tengok dari langit, jadilah dia macam mata. Come on guys. Nak taksub pun, gunalah otak tu. Allah dah bagi akal kat kita. Use it.

Ha. Ada lagi satu. Checkers. Korang cakap checkers ni idea diorang. Dah tu yang korang main Chess dari kecik xde pulak kau nak takut. Xde pulak kau nak cakap tu Freemason? Kalau aku tau Chess tu idea Illuminati, kecik2 dulu aku main guli je. Boleh kumpul guli kawan-kawan aku. haha

Lastly, aku nak cakap, ni aku bukan nak condemn korang yang percaya dengan benda2 ni. Aku xtau benda ni wujud ke x, dan kau pun x pasti lagi either organization ni betul2 wujud. Tak salah kita nak membaca dan menambah ilmu, but jangan sampai taksub sangat. Ingat, Allah is the only one. And He is always there; for us, and watching us.

Moral hari ini, December 28th, 2010: Jangan cepat menelan sesuatu yang dihidangkan kepada kita. Selidiklah asal usulnya terlebih dahulu, agar kita benar-benar yakin bahawa apa yang dihidangkan itu benar-benar elok untuk kita telan. :)

Monday, December 27, 2010

Khutbah Jumaat

Dah 2 minggu aku tak solat Jumaat. 


Pengakuan jujur dari aku. haha. Rasa macam nak pukul kan? Pukul la. Kisah apa aku. Aku bukan sengaja nak tinggal solat Jumaat ni.

2 minggu aku on a road trip. Aku bermusafir. Musafir ke mana? Las Vegas! haha. Tu kira musafir ke? Lantak korang lah. Aku pergi sebab nak berdakwah kat diorang yang berjudi tu. Tapi part paling best bagi tazkirah kat babes yang menari-nari kat tiang tu. Apa nama dia? Pole Dance? Ha. Tu la. Menangis-nangis diorang dengar aku ceramah agama. Siap ada yang datang peluk aku lagi. haha. Ngarut macam sial.

OK. The truth is, dalam 2 minggu ni, aku pergi ke San Francisco, Los Angeles, San Diego, Arizona, and Nevada. It's a very long journey. Berpuluh-puluh jam duduk dalam kereta. Sampai boleh hafal bau kentut masing-masing. hahaha.

Dalam 2 minggu ni jugak la aku miss solat Jumaat, solat yang paling penting dalam diari hidup setiap lelaki. Kalau x pergi, akan dilabel sebagai "budak jahat". So baik pergi. 2 rakaat je pun. Khutbah x yah la dengar. Lepas bagi salam, terus cabut. Baca doa sambil jalan cari motor.

Itulah rutin mingguan mereka-mereka di Malaysia. Bukan semua, tapi sebilangan besar remaja di Malaysia. Jangan nak tipu. Aku pun pernah macam tu. Datang awal, bentang karpet, then mintak upah. Lepas tu tunggu orang datang bawak pisang. Dah puas makan pisang, keluar jap, beli dadih. Masa khutbah dah nak start, masuk masjid semula, but dengan langkah yang amat slow. Malas gila rasanya. Amik air semayang pun lama. Macam nak mandi je kat situ. Dah duduk kat saf, straight terus tido. Bangun2 dah qamat. haha. Bodoh gila aku dulu. Sumpah aku x ingat pape pasal khutbah kat Malaysia. Yang aku tau, awal2 tu khatib bagi salam, then last2 baca doa untuk Sultan. haha

Tapi sekarang, bila dah hidup dengan pak arab ni, aku dah nampak dan rasa sendiri betapa pentingnya solat Jumaat ni.Kalau kat Malaysia dulu, masuk je masjid, terus cari kawan. Kalau ada, borak-borak. Kalau xde, duduk diam-diam, tido. Tapi pak Arab ni bagus. Diorang dengar betul-betul setiap word khatib tu. Aku pun ter-influenced. Memang fokus lah. Siap terasa nak menangis dengar khutbah diorang. Baru dapat rasa erti sebenar menjadi umat Islam.

Moral hari ini, December 27th, 2010: Kita terlalu jahil untuk mengabaikan khutbah. Dengar, hayati, dan laksanakanlah segala yang disampaikan.

P/S : Post yang agak bosan, sebab dah lama x menaip. Sorry ye rakan-rakan sebab menghampakan anda semua. But I promise, I'll be back! haha

Friday, December 10, 2010

Kain Pelikat dan Kisah Silam

Apa kita buat setiap kali nak exam? Haa..bagus. Belajar. Lepas belajar? Tawakal. Pandai.. Patut lah result gempak-gempak korang ni. Itulah juga apa yang aku buat sepanjang minggu final ni.

Before tido, capai kain pelikat, solat, minta Tuhan tolong untuk paper esoknya. Dah habis solat, relax2 kejap dengan kain pelikat tu, then terasa something menyelinap masuk dalam kain. Aku terus kaget. Ingatkan apa. Rupanya-rupanya kesejukan winter yang buat kaki aku rasa geli-geleman. haha

Kepada sesiapa yang x tau apa tu kain pelikat sebab dah biasa hidup cara barat, ni ha kain pelikat


Kain pelikat ni orang buat untuk main bola. Aku sorang je guna untuk solat. Bodoh kan aku? Lantak lah apa orang nak cakap. Yang penting aku selesa.

Tengah-tengah relax tu jugak la aku teringat kisah kali pertama aku pakai kain pelikat.

Masa tu umur aku 5 tahun. Baik kan kecik-kecik da pakai kain pelikat? hehe. Cuba bayangkan budak kecik pakai kain pelikat. Waaa...Comelnya budak tuu..hahaha

Kisah dia macam ni. Pada suatu malam tu, tiba-tiba ada ramai orang datang rumah aku. Aku yang masih kecik ni terpinga-pinga apa yang berlaku. Yang membuatkan aku semakin bingung adalah orang-orang yang datang tu bagi aku duit. Sebagai kanak-kanak, aku berasa amat gembira dengan pemberian mereka dan dah start fikir nak beli Din Dang and yoyo, and gasing. haha

Esok tu, ayah aku suruh aku siap-siap, lawa-lawa. Aku pun mandi lah lama-lama sikit sebab ayah aku macam nak bawak aku pegi tempat best. hehe. Dah habis mandi tu, dah wangi-wangi, aku keluarlah dengan ayah aku. Dalam kereta, aku ingat nak pegi Plaza Angsana, sebab menghala ke arah tu. But hampeh. Ayah aku mana suka shopping.

Korang nak tau x ayah aku bawak aku pegi mana?


Aku ingat ayah aku x sihat. Dah sampai kaunter tu, nurse tanyalah, "Ye haji, apa boleh saya bantu?" Then ayah aku jawab "Saya dah buat appointment, nak sunatkan budak ni"

Ohhh..what the **** man! Aku xde cakap pape pun pasal nak sunat!

Tapi sebab aku ni memang lahir-lahir dah cool, so cool je lah. Sunat je pun.

So masuk lah aku dalam operation room dia. Best. Ada bau hospital. hahaha.

Tunggu-tunggu, then datanglah doktor tu. Nama dia Kamal, sebab tu nama klinik ni Klinik Kamal. Kalau dia sorang je yang datang x pe, ni x. Dia datang dengan segerombolan pisau. Excited gila aku tengok pisau yang berbagai jenis tu. haha

Mula-mula dia inject, sakit gila. Then dah x sakit sepanjang operation tu berlangsung. Aku boleh layan tengok doktor tu potong-potong kulit badan aku. haha. Dah siap tu, dia jahit-jahit, pun menarik jugak pada aku. Then dia balut guna bandage. Budak sekarang dah x pakai bandage dah. Diorang guna clamp, x macho la. Pondan. haha

Dah siap tu, aku nak pakai seluar balik, but ayah aku suruh pakai kain. Aku x reti, so aku sarung, then pegang je kain tu sampai masuk kereta. Bijak kan?

Dah sampai rumah, abang-abang aku tengah main bola. Tak boleh jadi ni, aku pun cabut kain tu, terus sarung seluar, join diorang main. haha. Bila fikir balik, tough jugak aku ni dulu. hehe. Sekarang pun tough jugak.

Dah lepas main tu, kesan bius tu dah hilang, haaaa...rasa lah kau kesakitan yang teramat sangat. 2 minggu aku berpantang and dalam masa 2 minggu tu jugak la macam-macam jadi kat aku. Nak buang air pun tahan je, sebab x sanggup nak hadapi kesakitan dan keperitan kena air. haha

At last, tiba masa untuk aku bukak bandage tu. Aku tau akan sakit. Sebab nurse tu bagitau aku akan sakit. haha.

Sakit tu memang tidak terperi. Kalau orang kata bersalin tu sakit, then aku rasa apa yang aku rasa masa tu menyerupai apa yang akan perempuan rasa masa bersalin. Sebab Allah create this world equally. So kalau perempuan sakit masa bersalin, laki sakit masa berkhatan lah kan

Dah lepas dia bukak bandage tu, dia cakap dia nak letak ubat. So aku pun lega lah sebab ingatkan ubat tu akan buat aku rasa kurang sakit. BUT. Ubat tu adalah culprit kepada tangisan aku masa tu. Meraung-raung aku nangis tahan sakit. Siot kau nurse. Best kau buli aku kan. haha

Sekarang, aku dah besar, Dah matang. Dan bakal tiba masanya untuk aku pulak bawak anak aku pergi berkhatan. Macam mana aku akan layan anak aku masa dia berkhatan tu? Macam ni


Haha. Aku nak jadi ayah yang caring. Orang kata a mother will always cares her children. So kalau nak jadi ayah yang caring, aku kena jadi seorang ibu dulu. Baru boleh caring. Ye tak? haha

Moral hari ini, December 10th, 2010: Jangan terpedaya dengan layanan baik seseorang. Di zaman yang serba tamak ni, kita kena ada syak wasangka sikit terhadap people around us. :)

Saturday, December 4, 2010

Future is Written, as Fate

Siapa tak sedih kalau orang yang dia sayang tinggalkan dia. Tengah happy2, berbahagia dengan insan tersayang, tiba2 dia blah camtu je. Menangislah si malang tersebut 7 hari 7 malam dek ditinggalkan sang kekasih hati yang pergi kerana wang. Atau pergi mengejar gadis yang lagi hot. Sang gadis tersebut pasti akan merasa sungguh sedih dan tidak mahu hidup lagi. Sungguh sedih. Sungguh tragik.

Akan tetapi, perpisahan itu akan lebih tragik jika sang kekasih hati meninggalkan kita kerana bertemu Tuhan. Aku tak pernah rasai perpisahan jenis ini, but I can see from others. Even they say berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Tadi aku balik dari tahlil arwah abang Hisham, yang meninggal dunia Selasa lepas. Aku dengar betapa isterinya tidak dapat tidur malam mengenangkan arwah suaminya. Penderitaan ini lebih mendalam kerana kita berada di negara orang, with less people you can have to accompany you. Seriously I felt my eyes were blurred when I thought about it. But itulah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Then aku fikir lagi, kalau family aku yang pergi macam mana. Pasti aku tidak akan dapat menerima hakikat tersebut. I love every single brothers and sisters I have. Not to mention my dad and especially my mom. I might cry all night long, in fact, all week long maybe. Or I might just act cool and straight away buy my ticket back to Malaysia. Seriously I dont know what will I feel. So please, my family, Mama, Abah, Afif, Jiha, Nabil, Yaya, Zati, Nini, Fatin, Awir, do take care of yourself and our family. I cant bear all the excruciating misery if that were fated to happen.

Bila aku dah fikir-fikir macam ni, what if it were me who will leave them? What will they feel? What will happen to my family? I dont want any single one of them to drop even one particle of their tears for me. It'll make my soul uneasy. All this while I have been the one who take care of my family. My sisters always came to me and seek for my help or my advices. So please Allah, dont take me first, because my family needs me. I  am their pillar of support. Without me, they will crumble. I beg of you Allah the Most Loving and Most Merciful, dont let that happen to my family. Please..

Just now I chatted with my sis, Yaya. She asked me what to apply for UPU. She said that Abah and Mama are hoping that she will follows the steps her brother, Nabil, is taking, by pursuing degree in Medic, since she got 4 flat in her first semester in Matriculation. But then she said that she dont like Biology.

My dear sister,


It is all parents' dream to have their children to be a doctor. To take care of them when they are old. As a child, you have to fulfill their dream. Allah told us to, right? :)  But, if you really cant do it, talk to them. Explain to them that you are not good at it. As parents, they will understand. You know them well right? Mama and Abah will always understand us. It is just us who never understand them. Buat istikharah banyak-banyak, mintak Allah bagi petunjuk. He will show you what's best for you.

Moral hari ini, December 4th, 2010: Appreciate and cherish your love ones, no matter how they treat you.

Thursday, December 2, 2010

Me In Disguise

Aku percaya, ramai antara korang yang pernah buat applications macam Celebrity Look-Alike, or Mirip Siapakah Muka Anda? dekat Facebook kan? Lepas buat tu, tetiba jadi excited bila dapat celebrity yang famous-famous. Then apa lagi, publish lah. Kalau dapat yang x famous, x nak publish, cuba gambar lain. haha

Tadi, atas tekanan baca Material Science yang semuanya berkaitan dengan Chemistry, aku pun tenung lah laptop Lenovo aku ni. Then tetiba jari-jemari aku ni tergerak untuk search benda2 yang macam celebrity look-alike tu. 

Then aku upload lah gambar aku, dengan harapan dapatlah Tom Cruise ke, Brad Pitt ke, Orlando Bloom ke kan. But hampeh. Nak tau apa aku dapat? grrrr


HAH! Korang nampak tak aku dapat siapa?

7/8 tu girls! Gila lah. Aku ni pondan ke? huwaaa.. Nasib baiklah yang lelaki sorang tu John F. Kennedy. Macho la jugak kan. BUT yang lain?? Hampeh hampeh hampeh! *Sambil tekap muka kat bantal dan menumbuk-numbuk katil. 

Dah puas depressed, tengok balik benda ni, then perasan, the top three are Madonna, Elizabeth Taylor, and Uma Thurman, yang masing-masing berkongsi markah 64%. Bukan berkongsi markah yang aku nk emphasize kat sini, but mereka bertiga adalah someone yang amat penting, or famous dalam industri hiburan ni. Madonna and Elizabeth Taylor dah masuk kategori legend, then Uma Thurman ni boleh la tahan kan kecantikan dia. Oh tidak. Kalau dia cantik, aku cantik ke? *Blushing blushing* haha. Gi mati lah kau. Cuci muka pun 2 3 bulan sekali.

Eeee. 2 3 bulan sekali?? Selekeh gila kau Sardin! 

Oh yeah. Tak percaya? Aku pun macam x percaya. Bukan aku xde pencuci muka. Aku just malas. And aku x percaya dekat bahan2 chemical ni. Lagi prefer air suam je.

Dari aku kecik lagi aku dah perasan, muka aku ada macam perempuan sikit. Masa Form berapa tah, aku pernah pakai tudung and baju kurung, saja nak tengok macam mana. Dah siap2 pakai tu, (adik aku yang pakaikan tudung) aku tengok lah kat cermin. Oh mak kau! Terkejut aku tengok cermin tu. I do look like a girl! Dengan badan macam ni, and muka yang memang macam perempuan, aku hampir jatuh cinta dengan kecantikan diri aku sendiri masa tu. haha. Kenangan masa kecil, abaikan je.

Tengah duduk2 dalam snow ni, tiba-tiba aku teringat kawan aku kat INTEC pernah cakap badan aku macam perempuan, kalah dia. haha. 

Okay girls, come here. Want to have a body like Megan Fox?


Fuh. Siapa x nak kan. Lelaki kalau dah dapat girl macam ni, sumpah x tinggal. Kau nak apa lagi beb, muka lawa, badan macam kerengga. Kalau kena tinggal jugak, tu memang sebab perangai x berapa nak lawa macam body la tu. haha

So girls, nak x? Meh sini Dr Love bagitau macam mana. Macam biasa it's all free and reliable :)

Cara dia senang je. Rajin2 lah exercise badan tu. X kisah lah dekat gym ke rumah ke, yang penting how hard you push yourself and more importantly, your tummy. Buat sit-up seberapa banyak yang kau boleh, then dah x tahan, stop jap. Rehat. Then sambung buat lagi. Ulang at least 3 kali. AT LEAST tau. Kalau boleh, buat lah lebih. Untuk korang jugak :)  Then dah siap tu, jangan lupa minum air. Esoknya kau akan rasa sakit2, but tu biasalah. Arnold Schwarzenegger ada cakap, No pain no gain. So biar je. Haritu kau rehat je. Then esoknya lagi, kau ulang lah sit-up tu beberapa set macam yang aku cakap tadi.

Boleh percaya ke? Mesti lah boleh. Tengok lah perut aku ni, mantap kot. Six pack. Nak tengok? Mana boleh. Awek aku pun tak tengok lagi kau dah nak tengok. Gatai naa..hahaha

Kenapa perempuan perlu exercise? 

Seperti juga perempuan yang mengharapkan agar her boy to be tough, so that he can protect her, lelaki juga perlukan perempuan yang fit. Ini bagi memastikan agar someday nanti, bila perempuan tu pregnant, her tummy  is strong enough to protect their child. Tengok. How suci murninya hati lelaki, fikir pasal anak. Ini tak habis-habis cakap lelaki gatal sebab nak perempuan yang mantap je. Kitorang nak protect anak kitorang lah. huh! hahah. Sounds merepek kan? But actually kalau korang fikir-fikir balik, it is true. :)

Moral hari ini, December 2, 2010: Do something that will benefit not only you, but others too.