Sunday, October 31, 2010

Tackling Techniques

I played futsal with the Whites yesterday. There are some who is good, but most of them reti-mintak-bola-but-bila-dah-dapat-buat-tak-tau. haha.  Just now we played against the Koreans pulak. The Whites are better I think. Malays? Mestilah Melayu Boleh! haha

Whites and Asians are completely different. But there is something they have in common; mencederakan kaki aku! Habis calar balar sopak-sopak sana sini kaki aku dibuatnya. Kesian kan? :'(   haha

They should be taught how to tackle in the right way. Macam mana? Macam ni.

1. Perhatikan kaki orang yg bawak bola 2.
2. Dekatkan diri, with caution. Soccer players could be dangerous when they have the ball with them.
3. Hulur kaki ke arah bola tersebut. Bukan hulur ke arah kaki ye kawan-kawan.
4a. Kalau dapat bola, terus pass bola tu. Sebab mesti la org tu bengang kan korg rampas bola dia. So baik lepaskan diri dari dikejar. haha
4b. Kalau x dapat pulak, just say this out loud, "Sorry. My bad !" 

haha. Macam tu lah kalau nak tackle bola.

Macam mana nak tackle lelaki
Apa? 
Macam mana nak tackle boys?

Korg ni selalu tanya soalan pelik2 kan. OK lah. Meh sini Tackling Boys 205

1. Benda pertama korg kena buat is pastikan dia ni available. Single ke tak single tu tak kisah. Sebab senang je nak rampas laki dari girl ni. haha

2. Cuba cari kat mana dia selalu have his lunch. Sebab lelaki ni akan ada habit dia suka mengusha time nak makan. hehe. Sorry lah ye sesiapa yg aku usha tu. Korg pakai baju lawa sangat. Aku pandang la. Kalau x, membazir je la kan kau pakai seksi-seksi macam tu kalau x pandang.

3. Ha. Tu dia. Korg nampak kan dia duduk mana? OK. Pegi beli sandwich dengan air fresh orange. Duduk di position yang membolehkan lelaki tu nampak kau. Jangan dekat sangat. Nanti kantoi korg punya tudung x betul. haha. Jangan lupa silang kaki, nampak 80% lagi ayu dari duduk biasa. Ha. Nak tambah ayu, pakai baju putih pure punya. Confirm laki tu akan perasan kehadiran kau kat situ.

4. Makan. Ha betul. Makan. Makan dengan seayu yang kau boleh and jangan lupa doa dalam hati so that laki tu pandang kau and jatuh hati dengan keayuan kau makan sandwich tu. Sesekali, pandang lelaki tu, and kalau dia pandang kau, kau senyum sikit. Jangan obvious sangat. Just so that pada dia kau ni murah dengan senyuman. :)

5. Stalk! haha.  Yeah. Thats true. Stalk dia dekat facebook. Amik tau adik beradik dia berapa ramai and so on. Alah. Aku sure korg mesti tau kan mcm mana nak stalk. Get as much information as you can. Especially about me and status dia. Ni amat diperlukan untuk langkah seterusnya.

6. Add dekat ym. Type macam ni "Salam. Nak kenal boleh?" haha. Berani lah kau tanya macam ni. Terus kena reject. OK. Tulis macam ni "Hey there"  haa..kan nampak kau macam lagi 'up'. haha. Masa ni lah korg nak gunakan maklumat2 yg korg dapat dekat facebook tu. Kalau x, hambar je lah kan conversation tu.

7. Sekarang dah kenal kan? Haa..nice. Sekarang kau pegi print gambar laki mana2, handsome2 sikit, then selit kat buku kau.

8. Part ni penting. Dekat depan library, kau nampak dia tengah jalan sorg2 nak masuk ke library. Kau cepat2 potong dia and timing supaya kau dapat langgar dia masa kat pintu library tu. haha. Dengan kecerdikan dan kelicikan yg kau ada, pastikan gambar laki mana kau print tu jatuh and kau kutip buku2 kau and biarkan gambar tu. Dia mesti akan perasan and amik gambar tu then bagi kat kau. Sebab dia lelaki, dia akan diam je. AND dia akan diam lama la jugak dari contacting kau.

9. Tegur dia kat facebook. Tanya dia kenapa lama x contact. Dia akan jawab "Awak dah ada lelaki lain, saya x nak lah kacau girlfriend org." Then kau tanya lah mana dia tau. "Emm..habis tu gambar yang jatuh depan library tu?"  So kau explain la kat dia tu ex kau. Ngadu kat dia betapa teruknya kau terluka. Sebagai lelaki yg gentleman, dia akan rasa simpati and listen to your story. 

10. So skrg dah start ngadu-ngadu ni, memang senang lah kau nak rapat dgn dia. Dah rapat2 tu, next is the boy's turn to take the other steps towards a relationship.

Ha. Jangan sesekali korg guna cara ni. Aku 100% sure x kan berjaya. haha. Nak tackle lelaki? Xde maknanya nak tackle2 lelaki ni. Pada lelaki, girls yg start approaching ni mcm 'mudah'. 

Ingat. Jahat mana pun lelaki tu, kalau nak perempuan untuk dijadikan isteri, dia akan cari yang baik2. So kalau kau yg start approach, sorry to say la babe. Kau aku buat just as my geli-geli je. haha

Moral hari ini, October 31st, 2010: Kepada remaja-remaja yang masih belajar tu, belajar lah dulu. Dapat result gempak2, then keje bagus2. Then only korg fikir pasal kawin. Kalau dari Form 1 dah ada girl/boy, nanti by the time kau nak kawin, dah berapa ramai ex-es yg kau ada? Kalau aku ayah partner korg, and aku dapat tau yg korg ada ramai ex, sumpah aku x kan bagi kau berdua kawin.

Thursday, October 28, 2010

Hikayat Asrama

Hari ni aku berasa sungguh penat.  Why baby why?  Sebab malam tadi tido lambat *uhuk uhuk* (sambil buat muka sedih)  Lah.. Kenapa tido lambat?  Sebab ada orang bising2 terpekik terlolong kat luar..  Dah tu? Takut..(muka masih sedih)  haha. Pandai lah kau menipu kan.

Kat us ni aku x penah rasa takut. Either takutkan orang mahupun hantu. Tapi kalau kat Malaysia, fuh fuh fuh fuh. Sembur kiri kanan depan belakang, nak halau hantu. hahaha. Dari mana korg selalu dengar cerita2 hantu ni? haa..pandai.. selalunya insan2 pencerita hantu ini adalah: Nenek dan Kawan2. 


Kalau Nenek punya cerita hantu selalunya berkisar mengenai kejadian-kejadian dekat hutan, semak, sungai or air terjun, x pun, dekat perigi. Yang paling aku takut is yang dekat perigi ni lah..memang amat menyeramkan. Boleh tahan seminggu dia punya takut x nak pegi toilet malam2. haha

Kawan ni pulak, selalunya dekat asrama.

Dulu time awal2 dapat tawaran masuk asrama, rasa excited gila. Rasa macam  "Akulah budak paling pandai" . Tinggalkan kawan-kawan dekat sekolah lama, wish-wish good luck sikit, then blah cmtu je. Dalam kereta otw tu, asyk pk cmne la sekolah tu. Sebab dulu before masuk asrama tu aku baca buku Dear Yayah, so korang2 yg dah baca tu mesti tau la kan how excited aku masa tu. Gila kau. Best siot kalau asrama macam dalam buku tu wujud. Tu lah kau, baca buku perempuan lagi. Padan muka. haha


Bila dah masuk asrama, dah daftar, malam tu jugak, senior2 ni dah pedajal aku n kawan2 aku. haha. Ayat pertama dorg  "Korg nampak kan kubur depan sekolah tu?"  Hai..jangan lah buat aku mcm ni. Aku baru sampai kot.

Then masuk lah cerita-cerita hantu masing2. Yg aku ni pulak, bodoh, boleh percaya. Siot betul. haha

Hantu sinki
Ha. Cerita ni I believe, ada dekat semua asrama. Ada sorg mamat ni, nama dia Mat (ha. nama pn dah nampak sgt tipu.) Dia baru Form 1, so macam penakut2 sikit lah. Si Mat ni tetiba bangun kul 4 pagi, sebab x tahan nak buang air. So sebab dia takut, dia kejut la kawan dia, mintak teman gi toilet. Oleh sebab jam dah pukul 4, so dorg pn decide tuk bersiap terus tuk pergi ke surau subuh tu (solat wajib kat surau, especially to juniors) So si Mat ni pn pegi lah buang hajat dia, sementara kawan dia ni tggu kat luar. Then Mat keluar, nampak kawan dia kat sinki. Mat pun pegilah berus gigi sekali dengan kawan dia tu. But then Mat ni rasa lain macam sebab kawan dia ni selalunya banyak cakap. Ni kawan dia ni diam je. So Mat pandang lah kawan dia ni, tengok2, kawan dia ni tengah berus gigi, guna pisau. And mulut dia berdarah-darah. Sebab ketakutan and x tau nak buat apa, Mat pn buat-buat macam x nampak. Tapi lepas tu, kawan dia ni toleh kt Mat and tanya "Kau dah tau kan aku siapa?"(sambil mengilai). Then yang senior ni buat perangai dia, HUARGHHH!!!   So junior2 ni pun apa lagi; oh mak kau. huwaaa.. eh b*bi dan bermacam-macam lagi jenis carutan bila terkejut. haha. Siap kau senior, ada hari aku balas..

OK. kalau hantu sinki or hantu gigi or tah pape lagi korg pggl ni ada kat asrama korg, Aku boleh bet cerita next one ni sekolah aku je ada. Cerita apa? haa..layan...

Mayat Pemain Ragbi 'Disembunyikan'
Berminat x nak dengar? ha.. Cerita dia mcm ni. Hari tu semua cuti, sempena apa tah, x igt. Tapi ada beberapa pemain ragbi ni x balik, sebab ada tournament lepas cuti tu. So dorg stay dengan niat nak training.
Satu petang tu dorg x dapat nak berlatih kat padang, sebab hari hujan. So dorg pun decide untuk train kat dalam dewan sekolah je. But tah macam mana, sebab dah bosan kot men ragbi je, dorg main bola jap..
Entah macam mana, tiba2 senior sorg ni terlanggar tiang badminton yg dorg gunakan as tiang gol, and serta merta jatuh dan x bergerak. Rupa-rupanya leher dia patah and dah x bernyawa dah masa tu. Sebab ketakutan, dan hari dah senja, nak masuk maghrib, dorg bungkus mayat tu dengan carpet and sembunyikan mayat ni dekat stor belakang dewan tu.
After maghrib, dorg ni bincang nk buat apa dgn mayat tu. Then they decided tuk rahsiakan perkara tu, and tanam mayat tu keesokan harinya. So tinggal lah mayat tu dekat stor semalaman, sendirian.
Esoknya, dorg ni pegi la stor tu balik, but tengok2 mayat tu dah xde. Puas dorg cari but x jumpa. So at last, dorg report gak kat warden..apa jadi lepas tu kat dorg and mayat tu aku x tau.
But yang aku tau, setiap kali aku masuk stor tu, aku xkan pandang sampai ke hujung. Masuk, and cepat2 blah. And lepas je pukul 6.15, dah x kan ada sesapa kat dewan tu, sebab akan ada something yang akan buat korg rasa pressured.

Fuh. Siap jugak cerita yg satu ni. Aku dah la penakut, ni type pn menggigil je. Meremang-remang bulu roma aku. haha.


So kat sini aku nak cakap, kalau nak main tu, beringat lah. Dan jangan terlalu over dalam sesuatu perkara. Kita ni manusia and Allah dah bagitau, bila2 masa je kita boleh hilang nyawa kita.


Ha. Itu baru cerita-cerita senior yang x boleh nak dipercayai sangat. Ni cerita aku pulak. Yg ni korg kena percaya, sebab aku x penah tipu. hehe

Hantu versi aku
Menarik kan tajuk dia? haha. Ok. Cerita dia mcm ni. Masa tu aku prep, and aku and kawan2 batch aku kena pegi seminar untuk EST. Before tu kitorg pegi la surau dulu, solat-solat and mintak Allah tolong ktorg nak SPM ni. Then bila keluar surau, sebab masa tu aku tiba2 alim, aku antara yg keluar last dari surau tu.
Aku tengok selipar aku dah xde. Kena curi la kot, norma asrama. Then aku dengan sayunya, jalan kaki ayam balik asrama. Sedih gila time tu. Aku siap sumpah2 lagi siapa yg curi selipar aku yg aku curi dari junior tu.
Masuk je asrama, bulu roma aku meremang. Gelap gelita! Ni lah first time aku balik asrama sorang2 masa prep. So terimalah akibatnya.
Lampu semua padam, so awal2 tu aku x nampak apa. Aku lepak jap, then mata ni dah biasa dgn gelap, dah start nampak la. Aku jalan sikit, then meremang lagi bulu roma aku. Aku gagahkan diri sebab xkan nak pegi prep kaki ayam, malu la aku.
Berbekalkan sinar bulan, aku jalan se-slow yg aku boleh. X boleh bukak lampu, nnt kantoi dgn warden susah. Dorm aku kat tingkat 2, so kena naik tangga. Aku letak je kaki aku kat tangga tu, aku dah boleh dengar air dari shower kat floor aku tu. Aku dah start rasa nak nangis. haha
Bila dah sampai kat tingkat 2, aku rasa macam semua shower tu dah terbukak. Memang rasa seram gila ah. Then jalan lagi nak sampai ke dorm aku. Dorm aku yg ke3 dari tangga. Aku lalu je dorm yg first tu, kipas dia terbukak sendiri. Aku melajukan langkah aku. Sampai dorm yg kedua, kipas dorm tu pulak terbukak. Aku dah x boleh tahan macho lagi dah. Aku lari je terus. haha
OK. Dah sampai dorm aku. Aku dah berpeluh2 dah time tu. Kat depan pintu tu, aku doa banyak2 supaya xde pape yg kacau aku lagi lepas tu. Dengan bismillah dan doa masuk rumah, aku melangkahkan kaki kanan aku ke dalam dorm, dan bagi salam, Assalamualainawaalaibadillaissolihin. Aku bukak je lampu, ZAP. Ada kucing terkam aku. Kucing hitam. Aku hampir pitam. Nasib baik sempat cover and x gelabah. Dia punya tekejut jangan cerita lah. haha. Aku cepat2 pegi locker aku, amik selipar spare aku, then lari selaju yang aku boleh. Kat tangga tu aku terus lompat je. Dah xde dah nak turun satu-satu. haha. Serius adrenaline aku dah macam apa masa tu. haha
Alhamdulillah, aku sempat sampai ke seminar EST tu dengan selamat.

Sampai sekarang aku x penah jumpa the real hantu. But selalu jugak la kena kacau. Kesian dengan adik aku sorg tu, tiap2 minggu jumpa. haha

Moral hari ini, October 28th, 2010: Lakukan sesuatu perkara dengan sebaik mungkin, but jangan go beyond the boundaries. Ingatlah bahawa sesuatu perkara yang kita lakukan ada consequences nya. Lagi satu, jangan cepat percaya apa org cakap, kelak kesal di kemudian hari. especially cerita hantu. haha

Sunday, October 24, 2010

Kerja


I hopped off the plane at LAX with a dream and my cardigan
Welcome to the land of fame excess Am I gonna fit in?
my right and I se
Jumped in the cab, Here I am for the first time Look t oe the Hollywood sign This is all so crazy, everybody seems so famous
I'm nervous
My tummys turning and I'm feelin kinda home sick Too much pressure and
Bla Bla Bla ~
It's a party in the USA!     (Miley Cyrus) 
Oh yeah! USA! Party!
Tiap-tiap weekend kau nak party. X belajar ke weh? haha. Jeles gila aku. But in the end, aku ter-influence gak. Habis je kelas hari Jumaat, balik rumah, campak beg, x bukak2 pn smpai Isnin. haha. Kesian kau buku.
But
Aku x party la. Aku x bukak buku sebab aku nak kerja hari Ahad. So Sabtu kena tido awal. Come on man. This is Saturday night! Hell yeah. Pegi la kau party ngn arak busuk kau tu. Serius ni. Arak busuk gila. Aku x boleh bayangkan mcm mana rasa dia. Bau pn dah nak muntah, kau pegi minum. Patut la kau mabuk.
Mat salleh ni macam ada satu phrase yg diorang pegang dari kecik, "Do your best. Either study, working, or     enjoy." So diorang ni akan party sehabis-habis struggle diorang lah. Sampai dah x boleh bangun. Do their best  la bak kata diorang. Yang ni aku respect la. But diorang ni menipu je. Party je diorang semangat. Belajar xde lasemangat mana pun. haha. Pegi kelas mana bawak pencil case. Masuk kelas, duduk, "Hows it going dude?"   sikit, then bawak kuar pensil sebatang dari poket. hahah. Terbaik lah kau.
Tengok macam aku. haha. Baik tau. Pegi kelas bawak beg besar, bawak botol air, bawak pencil case. Apa lagi? ha. Buku teks. Complete semua. Baik kan? hahaha. Jahanam lah kau puji diri sendiri.
Tadi was my first day working in USA. 6 jam kerja? It's not that bad. Yang   penting pada aku, dapat duit, gain experience, cari kawan, and improve my English.
Actually ada lagi satu reason aku kerja ni. Nak sara family. Susah kalau dah ada family ni. Nak beli susu anak, lampin lagi, makan diorang. Besar tanggungjawab aku sekarang. hahah. Takde lah. Aku kerja sebab nak          dapatkan SSN(Sosial Security Number) then nak beli iphone. hahah
p/s; To Atikah, i work for us. :)
Moral hari ini, October 24th, 2010: Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.  Do always adapt to your surrounding and get the best out of it.

Thursday, October 21, 2010

True Love and Cinta Monyet

Seperti biasa, aku akan dapat ilham nk tulis post ikut filem-filem yg aku baru lepas tonton. haha. dah lama x dengar word tonton.

I skipped several classes today coz I dont feel like going. So duduk kat bilik, bukak laptop, search2 youtube, jumpa la Legenda Budak Setan. I thought this movie gonna be another crap Malay movie, BUT, I ended up tersedu-sedan menahan sebak dek kerana kesedihan.hahaha. Maybe sebab aku tgk dekat bilik and sorang2, so feeling tu lebih..hurmm

Dalam cerita tu, hero dia betul2 setia dekat heroin tu. Sumpah kalau aku girl tu, aku akan terharu gila. wuuu..haha. Aku pn terfikir "Ada ke lelaki mcm ni wujud lagi zaman ni?"

Then aku teringat zaman-zaman sekolah rendah, zaman Cinta Monyet. Masuk-masuk kelas, tengok bawah meja, ada note "Hye awak". haha. dah dapat surat mcm tu, rasa gembira gila. Biasalah budak2 br nak kenal dunia. Then bila dah dapat tau siapa yg letak note tu, bila terpandang eye-to-eye, mesti akan senyum2 malu and blushing gila-gila. haha. what a memory. Kepada Aisyah, Jannah, Suraya, Sabrina, Fatin, dan semua yg pernah suka aku dulu, "Korg apa khabar? Ingat lagi x kisah2 kita dulu?" haha. Kita pernah pandang-pandang malu-malu..makan sama-sama..main pondok-pondok sama-sama and korg mesti akan suruh aku jadi pengantin lelaki. hahaha. Serius aku x boleh lupa.

Memang indah zaman sekolah rendah kita dulu kan. Tapi semua tu hanyalah kisah-kisah cinta budak-budak.

Cinta yg sebenar adalah sgt berlainan. Ramai kawan-kawan aku akan consult aku dalam perihal cinta ni. Kenapa? Sebab dorg cakap aku ni playboy.haha. Playboy lah sangat. Awek pn sorg je..

OK. Jom belajar.

Perbezaan Cinta Monyet dan True Love:

1. Cara berkenalan
Kalau cinta monyet ni selalunya lelaki yg akan make move dulu. Macam2 gaya. Ada yg start dgn baling2 batu, ada yg letak notes bawah meja. But semua tu ada satu persamaan, lelaki tu x berani bersemuka.haha
Kalau True Love pulak, korg bayangkan situasi ni, tengah lepak-lepak dekat Starbucks, tiba-tiba ada sorg gadis ayu naik escalator, menuju ke arah anda. Masa bagaikan tidak bergerak dan orang-orang sekeliling bagaikan tidak berganjak. Yang ada hanyalah anda dan gadis tersebut bernama Julia. Anda pun bangun dan menyapa, "Hye. Do you have some time? To have a cup of coffee, maybe?" Fuh. Gentle habis lah. Ditambah dengan ke-handsome-an anda, konfem cair.

2. Perasaan
Cinta monyet ni selalunya dikaitkan dengan perasaan sentiasa berasa "excited" bila bersama pasangan. Kenapa? Tanya budak yg amik Bio. Aku engineering.haha
True Love? The feeling is complicated and sophisticated. Anda gembira, but in the same time, anda akan berasa tenang je bila bersama si dia. Kalau si dia betul-betul sehati dan sejiwa dengan anda, anda dan si dia akan segerak dan selangkah. Every movement goes without saying. ohh..how I love this type of relationship..haha.gedik kau

3. Pandangan mata
OK. Yg ni might be a little bit jiwang tuk korg, but this is true. If kita pandang mata seseorang tu, dan kita dapat baca hatinya melalui matanya, SAH! Dialah jodoh anda.
Kalau cinta monyet, memang xde lah benda ni. Pandang sikit je dah blushing mcm apa dah. hahaha
True Love will let us to see through our love's eyes, and see his/her heart. We can feel the heart beats, and, believe it or not, the rhythm will be the same as ours. That is true love.

4. Ending
Dah nama pun Cinta Monyet, so pastilah akan end up x kekal kan. haha

Like in the other fairytale, the hero and heroin lives happily ever after.. yeah.how I wish it is true. To my future wife, please make my life happy.

OK. Setakat di sini sahajalah pembelajaran kita pada hari ini. Sebab dia 1 credit hour je, so x boleh nk mendalam sangat. Nanti bila korg dah advance bab2 cinta ni, aku bg in depth punya. OK? haha. see ya!

Moral hari ini, October 21st, 2010: Tak rugi mencari cinta, jika cinta membahagiakan kita selama-lamanya. :)

Saturday, October 16, 2010

PLKN suatu pembaziran?

Di suatu petang yang panas di Malaysia,

"Mamak! Limau ais x nak bijik, nak ais 3 ketul satu!"

Tarik kerusi, duduk, keluar handphone letak atas meja. Dari ekor mataku dapat ku lihat kelibat seorang gadis ayu sedang berborak dengan rakannya. Usha jap..haha. Tengok kanan pulak, ada satu family sedang menikmati hidangan mereka, si kecil tampak sungguh comel dengan gelagatnya yang tidak tahu menggunakan sudu itu. OK. Enough mengusha. Nanti kantoi ngn awek sendiri, padan muka. haha

Lalu aku capai surat khabar yang dibeli sebentar tadi. Ku buka. Ku lihat. Dan ku baca tajuk utama hari ini. Bosan. Ku selak selak lagi.

Ohh..menarik.. PLKN Membazir

Lalu ku baca explanation penulis tersebut. Antara point yang diutarakan beliau adalah:
1. PLKN banyak kos. Kos makanan, pakaian, peralatan, keselamatan, tempat tinggal dll..
2. Modul yang tidak efficient dan tidak relevant.
3. Para pelatih tidak banyak berubah dari sebelum dan selepas latihan.

Itulah antara point2 yg penulis tersebut kemukakan.

Aku nak tanya penulis ni lah. Ada kau buat research ke pasal pelatih2 ni? Kalau ada, kau tipu. Kau x tanya aku pun. hahah

YE. Aku pergi PLKN dulu. KISS. Kumpulan 1, Siri 5, K1S5. mcm KISS kn? haha

Aku tengok ramai yang mempersoalkan relevan ke PLKN ni. I will say YES! Why?

Why? Here's why.

PLKN mematangkan pelatih. Memang bila masuk PLKN and keluar PLKN orang tu akan nampak sama je. Sebab pengisian dia melibatkan dalaman. Bukan luaran. Masuk kelas, pelatih akan diajar macam2 seperti communication skills, leadership skills, semangat cintakan negara, dan macam2 lagi yg panjang berjela nk diexplain kt sini.

That's only part of it. The thing yg buat kami, para pelatih PLKN, matang is di luar kelas. Kat mana? Dalam DORM! haha. takut kn bunyinya. sounds ambiguous and feels curious kan? haha

Kat dalam dorm ni la kau akan bersosial dengan berbagai jenis manusia. Dari Pak Imam surau, para-para cendekiawan nerd2 sekalian, hinggalah ke mat rempit, kaki pukul dan peragut. Dengan bersosial camni, ktorg dapat learn something that's so precious and no one can teach it. Matang.

Aku dapat nampak beza antara dorg semua. Korg pn mst la dpt nmpk gak kn. haha. Actually yg mat-mat rempit ni baik gak. Juz dorg kurang bimbingan. Bila dah kenal-kenal, dapat la tau cara pemikiran dorg. So, kawan la pulak dengan pak imam. Jangan kawan dengan imam baru kawan dengan mat rempit, confirm mat rempit pulau kau. Pak imam ni pulak otak dorg mmg geliga. Maybe sebab hati bersih kot. Tapi, dorg ni kurang bersosial. So amik yg part dia geliga je ok. Then, kawan cuba la rapat-rapat dengan nerd-nerd ni pulak. Mesti korg x puas hati kn kenapa nk kawan dengan nerd pulak. But. Kita sebagai umat Islam, harus dan sebenarnya wajib merapatkan silaturrahim sesama manusia, apakan lagi sesama Muslim. So, sedang dia baca buku, duduk tepi dia, bagi salam. Tanya la buku tu pasal apa, Ohh..Cara-Cara Bersosial..Patut lah kau "pandai" bersosial. Kau ikut buku..haha.Nak bersosial dan berkawan, xde cara yg betul. Semuanya kita kena belajar sendiri, through life.

OK OK. dah lari topik. sorry.

So bila dah di-pack-kan dalam 1 barrack camtu dengan manusia yang berbagai jenis ni, apa kita kena buat? Haaa...pandaiii.. Adapt..bila dah adapt, kita automatically, or spontaneously, akan jadi lebih mature. Tu baru adapt. Bila dah start berkawan dan tau cara pemikiran masing2 dan amik yg baik2 dari dorg, so lama-lama akan matang lah kita.

As a conclusion, haha.skema gila aku. Kesimpulannya, pada aku la, PLKN x membazir. Indeed, dia bwak banyak faedah kepada sesape yg pegi. Bukan saja korg akan belajar menembak, korg akan belajar berenang tau! hahaha

Moral hari ini, October 16th, 2010: Jangan takut kalau kena pegi PLKN, ianya amat berfaedah. Dan belajar-belajarlah bersosial. Tapi jangan belajar dari buku, tu semua menipu je. ^_^

Thursday, October 14, 2010

Colleges and The Art of Flirting

"Okay Firdaus, apa cita-cita kamu?" tanya Cikgu Rosmah kepadaku sepuluh tahun lalu.

"
Saya nak jadi doktor, cikgu. Ayah saya suruh saya jadi doktor."

Mesti korg semua igt lagi kan time sekolah rendah dulu cikgu mesti akan tanya apa cita-cita kita. And bila cikgu tanya "
Siapa nak jadi doktor?", mesti ramai yang terkinja-kinja angkat tangan kan. haha. Itulah kita zaman budak-budak dulu. Semua nak jadi doktor. haha

But

Bila dah masuk sekolah menengah, dah belajar
Physics, Chemistry dan Biology, masing2 tukar cita-cita mereka. Start la "Aku x boleh amik Bio la." "Aku x reti Math" "Aku in love with Bio."

Then masuk Universiti, masuk pulak College yg berbagai.

College of Engineering
College of Business
College of Medicine
College of Arts and Sciences
dan macam-macam lagi college yg ada.

Di Ohio State University ni aku mampu lihat perbezaan di antara college-college ni. Cara mereka berjalan, cara bergaul, cara study dan lain-lain.

Kalau yg
Engineering 2, borak nk kuat2 je, then badan semua tough2. Jalan mmg lain la, macam ada ego tersendiri. haha.
Kalau
Medic pulak, amboiii.bukan main sopan lagi kau berjalan ye. Borak pn borak2 yg berfaedah je. Go get some life guys!

Itulah antara perbezaan college-college ni.

But

The thing which is really obvious that we can compare between these colleges is the way they flirt.

1. Cara-cara Approach

Medic: Hye. I think I know you. Have we met before?
Art: Hello there. Nice performance last night. Good job!
Engineering: Hey babe. Are you free tonight?

haha. ha. camtu la dorg approach. cmne plak cara dorg puji awek2 dorg?

2. The way they treat their girlfriends

Medic: You look pretty today my dear
Art: Nice legs!
Engineering: Im going out with my friends to watch football. Bye!

Laki yg amik medic mmg akan lebih romantik sebab dorg ni ada hati yg lembut. Yg art ni pulak, sophisticated sgt otak mereka. Tah apa dorg pk. Engineer pulak, xyah cakap, mmg xkisah pn pasal awek dorg. Yg pntg, enjoy! haha

3. How they break up

Medic: My dear, I'm so sorry. But I think I need to focus on my studies. Hope you understand

Art: You are no longer my love. Ive fallen in love with her paintings.

Engineering: Introducing, this is my new girl, Jessica.

haa. Itulah serba sedikit perbezaan antara major. Setiap insan yg lahir di muka bumi ini dilahirkan berbeza2, with their own advantages and disadvantages. So it is normal to be different from others. Just be yourself and do always believe in yourself.

Moral harini, October 14th, 2010: Hargailah insan yg mencintai anda. Mereka telah berkorban macam2 untuk anda, why not show them how much you love them :)

Monday, October 11, 2010

Lelaki dan Sex Education mereka

Last weekend i got nothing to do so I streamed through http://www.youtube.com/ and found Pisau Cukur. I watched it because based on the reviews, this is one quite interesting malay movie.

Tengok punya tengok, tetiba

"Lelaki..kalau boleh simpan 2, kenapa nak buang 1"

Aku terus mcm "apahal pulak?"

Then I realized that although I am not that type of a person, but it is unarguable that most of the men in this world mmg akan ada sifat tu dalam diri masing2. This is based on my experience and my readings.

OK. kenapa lelaki nak kahwin ramai? sebab NAFSU. yeke? YE! dulu aku sekolah all-boys, English College, and I know what boys will feel when they got 2 or 3 girls having a relationship with them in the same time. Ada yg nak suka suka, ada yg nak tunjuk hebat, but the real reason behind all of that is: LUST.

Itulah remaja lelaki. Pasti akan selidik semua perkara dan cuba perkara-perkara tersebut.

Aku x kan tulis pasal ayat2 Quran or Hadis sebab aku tau korg da selalu baca kan pasal ni. Tapi aku akan gtau korg the fact behind porn addictive ni.

Okay.

Apa yg PALING ingin diketahui budak-budak yg baru nk rasa dunia ni? SEKS. and apa rujukan mereka? PORN.

Masuk je Form 1 or Form 2, I assure you, 90% of boys will at least watch porn once. And if ada yg addicted, akan tengok tiap2 hari. Aku? Aku x terlibat ok :)

Time tu parents mmg xkan suspect pape coz mcm kecik lg kn. korg tgk la adik2 korg, form 1 form 2 kan masih kecik je kn? haa...tp time tu la dorg akan belajar benda2 mcm tu. Parents akan start control their movements bila dah masuk form 4, which for yg dah hanyut tu, dah sangat terlambat.

Bila da banyak sgt tgk porn, dah belajar macam2 dr "cikgu cikgu" dorg tu, so dorg pn akan rasa nak TRY. So mencari cari lah mereka gadis gadis hot yg akan mereka jadikan mangsa experiment. Yg si gadis gadis ni pulak, bila ada lelaki suka kat dorg, ayat2 sikit, bagi bagi coklat, start lah cair..then percaya lelaki tu betul2 sayang dia..then berjalanlah experiment lelaki tersebut ke atas gadis tersebut..

Typical isnt it? yeah. dalam setiap column hal ehwal masalah sosial ni, mesti bnde ni akan diulang-ulang. tapi the fact that it is true, x boleh disangkal lagi.

So sebagai remaja yang tidak hanyut, saya suggest to mak mak dan ayah ayah remaja2 ni, to monitor your children dr kecik lagi. Ajar dorg yg seks is not something that they can have fun with coz once dorg dijangkiti HIV and AIDS, they will never taste any bit of fun again in their life.

Pada gadis gadis pula, jangan lah cepat percaya dengan janji-janji manis lelaki ni. ok? :)

Ok lah. cakap panjang2, nnt blog aku kne block pulak. haha

Moral harini, 11th October, 2010: Dapatkan maklumat-maklumat yg anda cari dari source2 yg credible.

Saturday, October 9, 2010

Muslim's Life in United States?

"Ramai ke melayu kat sana?"
"Dekat ke dengan bandar?"
"Senang x nak score?"
"Ramai awek lawa?"
"Housing mcm mana?"
"How about halal foods?"


Those are the typical questions the malay students will ask and be their point of consideration upon applying to oversea's universities. Kenapa dorg tanya macam tu?

haaa...

Sebab


1. Kami memang suka enjoy
2. Kami takut kena hantar balik sebab x lepas cut off point sponsor
3. Kami memang suka cuci mata. Sebab kami remaja. haha
4. Kami x de duit nak bayar sewa rumah mahal-mahal. Tapi kami sebagai remaja, ada desire mahukan rumah yang besar dan lawa. so nak x nak, housing memang akan masuk dalam consideration ktorg la. Alhamdulillah housing Columbus ni murah n rumah dia best :)
5. Halal foods! Maybe ada org yg x kisah sgt pasal makanan halal ni. But as a pious teen, hehe, aku amat menitikberatkan isu hangat pelajar-pelajar luar negara ini. Aku x nak katok(makan makanan yg x halal)

Sebab halal food ni lah aku tergerak untuk apply OSU ni. SEBAB walaupun kat sini x ramai melayu, tapi Columbus ni ada strong Islamic community. Bayangkan, jalan jalan jalan punya jalan, tetiba, "assalamualaikum brother". Jalan lagi, "assalamualaikum brother". Terkejut aku time baru sampai. Bila masa pulak aku jd mat rempit nak brother-brother ni kan. haha.

Pastu pasal solat jumaat, mama, abah, makcik pakcik kat Malaysia tu x yah la risau ye. Kat sini solat jumaat ada banyak round. So kalau ada kelas time yg first, pegi la yg second. Then khutbah dia memang lain dr Malaysia. Khutbah kat Malaysia kau dengar mesti kau ngantuk kn. Tapi kat sini, khutbah dia BEST. Kau memang akan rasa sayang sgt kat agama kita ni. So to my family, once again, xyah risau la ye. I am good here. Xde nye nak sesat sesat ayah pin ni. :)

Moral hari ni, 9th Oct, 2010; Jangan sesekali makan makanan yg tak halal. Sanggupkah anda menjadi bahan bakar di neraka kelak? Fikir-fikirkan, dan selamat beramal! :D

Tuesday, October 5, 2010

Intro to Columbus, Ohio




Oversea? Dulu kecik-kecik tgk cerita Cinta Antara Benua rasa mcm best je duduk negara mat salleh ni. Macam stylo gila kn. haha.

Bila dah fly, perkara-perkara berikut pasti akan dirasai;

1. Rindu masakan melayu. kat sini mana nk cari sambal belacan dengan ulam? haha. nasib baik pisang goreng ada. terubat gak la rindu tu sikit

2. Teruja. Awal2 sampai mmg pasti dan wajib pelajar-pelajar tajaan JPA, MARA, dll ini akan rasa excited dgn panorama pemandangan dan bangunan2 yang semestinya tiada di Malaysia. Maka berlari-larilah mereka ke sana ke mari sambil posing2 amik gambar untuk family dan mereka2 yang tersayang di tanah air..

3. Rasa macam "kenapa dorg ni besar sgt?". ha, yg ni mmg x boleh nak disangkal lagi. Badan masing2 macam pergi gym tiap2 hari! haha. and as a guy, aku rasa tercabar la kn tgk badan muscular je semua. Tengok la, one day nnt aku jadi cm korang gak! huh!

4. Sejuk. Yang ni memang x boleh nak lari la kan. Kalau kat Malaysia, asal sejuk je mesti nk cari katil, tarik selimut, then tido mcm beruang. Tapi kat sini, nak x nak, kena gak redah kesejukan dan angin yg bertiup agak kencang tersebut untuk pegi ke kelas. Lagi 1 pasal sejuk ni, harus rasa malas nak mandi. Dah la sejuk kn, nak pegi mandi pulak. Mmg xkan ada org buat la kat Malaysia.haha

Moral hari ni, October 5th, 2010; Belajar lah rajin2, dapat biasiswa, x payah guna duit mak bapak lagi..