Tuesday, December 28, 2010

Freemason & Illuminati

Siapa yang x tau pasal Freemason dan Illuminati ni? Seluruh rakyat Malaysia aku rasa dah tau. Dengan orang-orang asli sekali dah tau. Kenapa isu si Freemason and si Illuminati ni hangat sangat diperkatakan?

Kepada yang x tau apa tu Freemason and Illuminati, ni ada description dia.

Freemason: Sebuah mansion yang free untuk diduduki. Sesiapa saja boleh masuk, asalkan korang sanggup jadi orang gaji dalam mansion ni untuk 1 malam.

Illuminati: Salah satu jinx dalam cerita Harry Potter. Dia boleh menyebabkan mata orang yang kena sihir tu silau sampai x boleh bukak mata.

Haha. Tipu je. Descriptions tu adalah apa yang first thing came out from my mind when I first heard bout em. Aku rasa semua dah tau pasal organization ni, so x payah lah aku nk explain lagi kan.

I am here to gelak-guling-guling-sampai-mati mengenangkan betapa narrownya pemikiran kita. Macam manalah benda ni boleh jadi isu kat Malaysia. OK. Freemason and Illuminati ni do exist. So what? Ada kau nak declare war nak lawan balik? Ada kau buat conference or mogok so that this thing will shut down? Harga minyak naik tau pulak kau nak buat mogok. Ni benda pasal ni x nak pulak kau nak mogok. Yang pasal minyak tu pun satu. Buat apalah kau nak kecoh-kecoh bila harga minyak naik. Dah memang harga minyak naik satu dunia, so Malaysia nak x nak kena jugak lah naikkan harga. Kalau x naik harga, kerajaan kena tanggung semua kos tu. Kalau dah kena tanggung kos tu, mana kerajaan nak cari duit nak buat benda lain? Then bising kerajaan corrupt.

OK. Stop. Lebih-lebih kang aku kena attack pulak. Back to Freemasonry. Apa yang kita tau pasal freemason? Ada mata satu. Lucifer. Bangunan berbentuk geometri. Bintang Israel.

Aku x kisah kalau kau nak cakap Freemason ni wujud. Itu hak korang. But x payah lah taksub sangat. Jalan-jalan kat bandar, ternampak something yang mencurigakan, "Eh, ni Freemason." WTH man. Cant you just enjoy this life? X payah nak kecoh-kecoh pasal diorang ni.

Korang x terfikir ke yang organization ni gain their power through rasa takut kita? Dengan ketakutan kita, mereka akan lebih ber-influence. Dengan rasa takut kita, kita akan sebarkan kepada rakan-rakan kita. Begitu juga dengan rakan kita, mereka akan sebarkan kepada rakan-rakan mereka pula. Benda ini x kan berhenti. Bila semua dah tau pasal Freemason dan perasaan takut ke atas organization ni dah menular ke seluruh pelosok dunia, kau x rasa ke masa tu lah "Dajjal" yang korang takut sangat tu akan keluar? If betul la "Dajjal" yang keluar tu betul2 Dajjal yang Allah sebut dalam Quran. Kalau "Dajjal" yang akan keluar tu adalah sekadar manusia biasa yang berlakon sebagai the true Dajjal, korang dah x kan dapat bezakan pun. Main percaya je. Sebab? Sebab korang dah takut sangat dengan benda ni.

Apa tanda-tanda kiamat? Banyak kan? Aku nak letak salah satu je. Diangkat al-Quran dan Ilmu addin dari manusia. Kiamat akan terjadi apabila umat di muka bumi ni dah tak percaya al-Quran. Okay lah. It's not that umat Islam akan hilang kepercayaan terhadap al-Quran. But bila idea Freemasonry dan Illuminati ni timbul, mesti ramai antara kita yang terus percaya dengan apa yang dipaparkan dalam video-video tu. Aku x kata benda tu salah sebab aku pun x tau betul ke x semua tu. But bila kita terus mempercayai apa yang dipaparkan kepada kita tanpa merujuk kembali kepada al-Quran, itu boleh dikira sebagai kita mengabaikan Quran. Dan dengan semakin pesatnya idea ni menular ke seluruh Malaysia, aku yakin dah ramai yang telah membuatkan tanda besar kiamat ni makin terserlah.

Enough of this nonsense. Aku xnak panjang-panjang. Nanti peminat Freemason hack blog aku pulak. Sorry ye you all. Mak tulis apa yang mak nampak je. Jangan lah offended. Mak mintak maaf ye nyah-nyah sekalian.

Kenapa aku tiba-tiba tulis pasal freemason ni? Sebab tadi aku baca-baca, then ada orang cakap Upin&Ipin ni idea Illuminati. Kepala abah kau! Entah scene mana tah illuminatinya. Then yang aku x boleh blah, air pancut kat Putrajaya. Dia kata macam mata Dajjal. Adoi.. Air pancut memang lah akan berbentuk bulat. Bila tengok dari langit, jadilah dia macam mata. Come on guys. Nak taksub pun, gunalah otak tu. Allah dah bagi akal kat kita. Use it.

Ha. Ada lagi satu. Checkers. Korang cakap checkers ni idea diorang. Dah tu yang korang main Chess dari kecik xde pulak kau nak takut. Xde pulak kau nak cakap tu Freemason? Kalau aku tau Chess tu idea Illuminati, kecik2 dulu aku main guli je. Boleh kumpul guli kawan-kawan aku. haha

Lastly, aku nak cakap, ni aku bukan nak condemn korang yang percaya dengan benda2 ni. Aku xtau benda ni wujud ke x, dan kau pun x pasti lagi either organization ni betul2 wujud. Tak salah kita nak membaca dan menambah ilmu, but jangan sampai taksub sangat. Ingat, Allah is the only one. And He is always there; for us, and watching us.

Moral hari ini, December 28th, 2010: Jangan cepat menelan sesuatu yang dihidangkan kepada kita. Selidiklah asal usulnya terlebih dahulu, agar kita benar-benar yakin bahawa apa yang dihidangkan itu benar-benar elok untuk kita telan. :)

Monday, December 27, 2010

Khutbah Jumaat

Dah 2 minggu aku tak solat Jumaat. 


Pengakuan jujur dari aku. haha. Rasa macam nak pukul kan? Pukul la. Kisah apa aku. Aku bukan sengaja nak tinggal solat Jumaat ni.

2 minggu aku on a road trip. Aku bermusafir. Musafir ke mana? Las Vegas! haha. Tu kira musafir ke? Lantak korang lah. Aku pergi sebab nak berdakwah kat diorang yang berjudi tu. Tapi part paling best bagi tazkirah kat babes yang menari-nari kat tiang tu. Apa nama dia? Pole Dance? Ha. Tu la. Menangis-nangis diorang dengar aku ceramah agama. Siap ada yang datang peluk aku lagi. haha. Ngarut macam sial.

OK. The truth is, dalam 2 minggu ni, aku pergi ke San Francisco, Los Angeles, San Diego, Arizona, and Nevada. It's a very long journey. Berpuluh-puluh jam duduk dalam kereta. Sampai boleh hafal bau kentut masing-masing. hahaha.

Dalam 2 minggu ni jugak la aku miss solat Jumaat, solat yang paling penting dalam diari hidup setiap lelaki. Kalau x pergi, akan dilabel sebagai "budak jahat". So baik pergi. 2 rakaat je pun. Khutbah x yah la dengar. Lepas bagi salam, terus cabut. Baca doa sambil jalan cari motor.

Itulah rutin mingguan mereka-mereka di Malaysia. Bukan semua, tapi sebilangan besar remaja di Malaysia. Jangan nak tipu. Aku pun pernah macam tu. Datang awal, bentang karpet, then mintak upah. Lepas tu tunggu orang datang bawak pisang. Dah puas makan pisang, keluar jap, beli dadih. Masa khutbah dah nak start, masuk masjid semula, but dengan langkah yang amat slow. Malas gila rasanya. Amik air semayang pun lama. Macam nak mandi je kat situ. Dah duduk kat saf, straight terus tido. Bangun2 dah qamat. haha. Bodoh gila aku dulu. Sumpah aku x ingat pape pasal khutbah kat Malaysia. Yang aku tau, awal2 tu khatib bagi salam, then last2 baca doa untuk Sultan. haha

Tapi sekarang, bila dah hidup dengan pak arab ni, aku dah nampak dan rasa sendiri betapa pentingnya solat Jumaat ni.Kalau kat Malaysia dulu, masuk je masjid, terus cari kawan. Kalau ada, borak-borak. Kalau xde, duduk diam-diam, tido. Tapi pak Arab ni bagus. Diorang dengar betul-betul setiap word khatib tu. Aku pun ter-influenced. Memang fokus lah. Siap terasa nak menangis dengar khutbah diorang. Baru dapat rasa erti sebenar menjadi umat Islam.

Moral hari ini, December 27th, 2010: Kita terlalu jahil untuk mengabaikan khutbah. Dengar, hayati, dan laksanakanlah segala yang disampaikan.

P/S : Post yang agak bosan, sebab dah lama x menaip. Sorry ye rakan-rakan sebab menghampakan anda semua. But I promise, I'll be back! haha

Friday, December 10, 2010

Kain Pelikat dan Kisah Silam

Apa kita buat setiap kali nak exam? Haa..bagus. Belajar. Lepas belajar? Tawakal. Pandai.. Patut lah result gempak-gempak korang ni. Itulah juga apa yang aku buat sepanjang minggu final ni.

Before tido, capai kain pelikat, solat, minta Tuhan tolong untuk paper esoknya. Dah habis solat, relax2 kejap dengan kain pelikat tu, then terasa something menyelinap masuk dalam kain. Aku terus kaget. Ingatkan apa. Rupanya-rupanya kesejukan winter yang buat kaki aku rasa geli-geleman. haha

Kepada sesiapa yang x tau apa tu kain pelikat sebab dah biasa hidup cara barat, ni ha kain pelikat


Kain pelikat ni orang buat untuk main bola. Aku sorang je guna untuk solat. Bodoh kan aku? Lantak lah apa orang nak cakap. Yang penting aku selesa.

Tengah-tengah relax tu jugak la aku teringat kisah kali pertama aku pakai kain pelikat.

Masa tu umur aku 5 tahun. Baik kan kecik-kecik da pakai kain pelikat? hehe. Cuba bayangkan budak kecik pakai kain pelikat. Waaa...Comelnya budak tuu..hahaha

Kisah dia macam ni. Pada suatu malam tu, tiba-tiba ada ramai orang datang rumah aku. Aku yang masih kecik ni terpinga-pinga apa yang berlaku. Yang membuatkan aku semakin bingung adalah orang-orang yang datang tu bagi aku duit. Sebagai kanak-kanak, aku berasa amat gembira dengan pemberian mereka dan dah start fikir nak beli Din Dang and yoyo, and gasing. haha

Esok tu, ayah aku suruh aku siap-siap, lawa-lawa. Aku pun mandi lah lama-lama sikit sebab ayah aku macam nak bawak aku pegi tempat best. hehe. Dah habis mandi tu, dah wangi-wangi, aku keluarlah dengan ayah aku. Dalam kereta, aku ingat nak pegi Plaza Angsana, sebab menghala ke arah tu. But hampeh. Ayah aku mana suka shopping.

Korang nak tau x ayah aku bawak aku pegi mana?


Aku ingat ayah aku x sihat. Dah sampai kaunter tu, nurse tanyalah, "Ye haji, apa boleh saya bantu?" Then ayah aku jawab "Saya dah buat appointment, nak sunatkan budak ni"

Ohhh..what the **** man! Aku xde cakap pape pun pasal nak sunat!

Tapi sebab aku ni memang lahir-lahir dah cool, so cool je lah. Sunat je pun.

So masuk lah aku dalam operation room dia. Best. Ada bau hospital. hahaha.

Tunggu-tunggu, then datanglah doktor tu. Nama dia Kamal, sebab tu nama klinik ni Klinik Kamal. Kalau dia sorang je yang datang x pe, ni x. Dia datang dengan segerombolan pisau. Excited gila aku tengok pisau yang berbagai jenis tu. haha

Mula-mula dia inject, sakit gila. Then dah x sakit sepanjang operation tu berlangsung. Aku boleh layan tengok doktor tu potong-potong kulit badan aku. haha. Dah siap tu, dia jahit-jahit, pun menarik jugak pada aku. Then dia balut guna bandage. Budak sekarang dah x pakai bandage dah. Diorang guna clamp, x macho la. Pondan. haha

Dah siap tu, aku nak pakai seluar balik, but ayah aku suruh pakai kain. Aku x reti, so aku sarung, then pegang je kain tu sampai masuk kereta. Bijak kan?

Dah sampai rumah, abang-abang aku tengah main bola. Tak boleh jadi ni, aku pun cabut kain tu, terus sarung seluar, join diorang main. haha. Bila fikir balik, tough jugak aku ni dulu. hehe. Sekarang pun tough jugak.

Dah lepas main tu, kesan bius tu dah hilang, haaaa...rasa lah kau kesakitan yang teramat sangat. 2 minggu aku berpantang and dalam masa 2 minggu tu jugak la macam-macam jadi kat aku. Nak buang air pun tahan je, sebab x sanggup nak hadapi kesakitan dan keperitan kena air. haha

At last, tiba masa untuk aku bukak bandage tu. Aku tau akan sakit. Sebab nurse tu bagitau aku akan sakit. haha.

Sakit tu memang tidak terperi. Kalau orang kata bersalin tu sakit, then aku rasa apa yang aku rasa masa tu menyerupai apa yang akan perempuan rasa masa bersalin. Sebab Allah create this world equally. So kalau perempuan sakit masa bersalin, laki sakit masa berkhatan lah kan

Dah lepas dia bukak bandage tu, dia cakap dia nak letak ubat. So aku pun lega lah sebab ingatkan ubat tu akan buat aku rasa kurang sakit. BUT. Ubat tu adalah culprit kepada tangisan aku masa tu. Meraung-raung aku nangis tahan sakit. Siot kau nurse. Best kau buli aku kan. haha

Sekarang, aku dah besar, Dah matang. Dan bakal tiba masanya untuk aku pulak bawak anak aku pergi berkhatan. Macam mana aku akan layan anak aku masa dia berkhatan tu? Macam ni


Haha. Aku nak jadi ayah yang caring. Orang kata a mother will always cares her children. So kalau nak jadi ayah yang caring, aku kena jadi seorang ibu dulu. Baru boleh caring. Ye tak? haha

Moral hari ini, December 10th, 2010: Jangan terpedaya dengan layanan baik seseorang. Di zaman yang serba tamak ni, kita kena ada syak wasangka sikit terhadap people around us. :)

Saturday, December 4, 2010

Future is Written, as Fate

Siapa tak sedih kalau orang yang dia sayang tinggalkan dia. Tengah happy2, berbahagia dengan insan tersayang, tiba2 dia blah camtu je. Menangislah si malang tersebut 7 hari 7 malam dek ditinggalkan sang kekasih hati yang pergi kerana wang. Atau pergi mengejar gadis yang lagi hot. Sang gadis tersebut pasti akan merasa sungguh sedih dan tidak mahu hidup lagi. Sungguh sedih. Sungguh tragik.

Akan tetapi, perpisahan itu akan lebih tragik jika sang kekasih hati meninggalkan kita kerana bertemu Tuhan. Aku tak pernah rasai perpisahan jenis ini, but I can see from others. Even they say berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Tadi aku balik dari tahlil arwah abang Hisham, yang meninggal dunia Selasa lepas. Aku dengar betapa isterinya tidak dapat tidur malam mengenangkan arwah suaminya. Penderitaan ini lebih mendalam kerana kita berada di negara orang, with less people you can have to accompany you. Seriously I felt my eyes were blurred when I thought about it. But itulah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Then aku fikir lagi, kalau family aku yang pergi macam mana. Pasti aku tidak akan dapat menerima hakikat tersebut. I love every single brothers and sisters I have. Not to mention my dad and especially my mom. I might cry all night long, in fact, all week long maybe. Or I might just act cool and straight away buy my ticket back to Malaysia. Seriously I dont know what will I feel. So please, my family, Mama, Abah, Afif, Jiha, Nabil, Yaya, Zati, Nini, Fatin, Awir, do take care of yourself and our family. I cant bear all the excruciating misery if that were fated to happen.

Bila aku dah fikir-fikir macam ni, what if it were me who will leave them? What will they feel? What will happen to my family? I dont want any single one of them to drop even one particle of their tears for me. It'll make my soul uneasy. All this while I have been the one who take care of my family. My sisters always came to me and seek for my help or my advices. So please Allah, dont take me first, because my family needs me. I  am their pillar of support. Without me, they will crumble. I beg of you Allah the Most Loving and Most Merciful, dont let that happen to my family. Please..

Just now I chatted with my sis, Yaya. She asked me what to apply for UPU. She said that Abah and Mama are hoping that she will follows the steps her brother, Nabil, is taking, by pursuing degree in Medic, since she got 4 flat in her first semester in Matriculation. But then she said that she dont like Biology.

My dear sister,


It is all parents' dream to have their children to be a doctor. To take care of them when they are old. As a child, you have to fulfill their dream. Allah told us to, right? :)  But, if you really cant do it, talk to them. Explain to them that you are not good at it. As parents, they will understand. You know them well right? Mama and Abah will always understand us. It is just us who never understand them. Buat istikharah banyak-banyak, mintak Allah bagi petunjuk. He will show you what's best for you.

Moral hari ini, December 4th, 2010: Appreciate and cherish your love ones, no matter how they treat you.

Thursday, December 2, 2010

Me In Disguise

Aku percaya, ramai antara korang yang pernah buat applications macam Celebrity Look-Alike, or Mirip Siapakah Muka Anda? dekat Facebook kan? Lepas buat tu, tetiba jadi excited bila dapat celebrity yang famous-famous. Then apa lagi, publish lah. Kalau dapat yang x famous, x nak publish, cuba gambar lain. haha

Tadi, atas tekanan baca Material Science yang semuanya berkaitan dengan Chemistry, aku pun tenung lah laptop Lenovo aku ni. Then tetiba jari-jemari aku ni tergerak untuk search benda2 yang macam celebrity look-alike tu. 

Then aku upload lah gambar aku, dengan harapan dapatlah Tom Cruise ke, Brad Pitt ke, Orlando Bloom ke kan. But hampeh. Nak tau apa aku dapat? grrrr


HAH! Korang nampak tak aku dapat siapa?

7/8 tu girls! Gila lah. Aku ni pondan ke? huwaaa.. Nasib baiklah yang lelaki sorang tu John F. Kennedy. Macho la jugak kan. BUT yang lain?? Hampeh hampeh hampeh! *Sambil tekap muka kat bantal dan menumbuk-numbuk katil. 

Dah puas depressed, tengok balik benda ni, then perasan, the top three are Madonna, Elizabeth Taylor, and Uma Thurman, yang masing-masing berkongsi markah 64%. Bukan berkongsi markah yang aku nk emphasize kat sini, but mereka bertiga adalah someone yang amat penting, or famous dalam industri hiburan ni. Madonna and Elizabeth Taylor dah masuk kategori legend, then Uma Thurman ni boleh la tahan kan kecantikan dia. Oh tidak. Kalau dia cantik, aku cantik ke? *Blushing blushing* haha. Gi mati lah kau. Cuci muka pun 2 3 bulan sekali.

Eeee. 2 3 bulan sekali?? Selekeh gila kau Sardin! 

Oh yeah. Tak percaya? Aku pun macam x percaya. Bukan aku xde pencuci muka. Aku just malas. And aku x percaya dekat bahan2 chemical ni. Lagi prefer air suam je.

Dari aku kecik lagi aku dah perasan, muka aku ada macam perempuan sikit. Masa Form berapa tah, aku pernah pakai tudung and baju kurung, saja nak tengok macam mana. Dah siap2 pakai tu, (adik aku yang pakaikan tudung) aku tengok lah kat cermin. Oh mak kau! Terkejut aku tengok cermin tu. I do look like a girl! Dengan badan macam ni, and muka yang memang macam perempuan, aku hampir jatuh cinta dengan kecantikan diri aku sendiri masa tu. haha. Kenangan masa kecil, abaikan je.

Tengah duduk2 dalam snow ni, tiba-tiba aku teringat kawan aku kat INTEC pernah cakap badan aku macam perempuan, kalah dia. haha. 

Okay girls, come here. Want to have a body like Megan Fox?


Fuh. Siapa x nak kan. Lelaki kalau dah dapat girl macam ni, sumpah x tinggal. Kau nak apa lagi beb, muka lawa, badan macam kerengga. Kalau kena tinggal jugak, tu memang sebab perangai x berapa nak lawa macam body la tu. haha

So girls, nak x? Meh sini Dr Love bagitau macam mana. Macam biasa it's all free and reliable :)

Cara dia senang je. Rajin2 lah exercise badan tu. X kisah lah dekat gym ke rumah ke, yang penting how hard you push yourself and more importantly, your tummy. Buat sit-up seberapa banyak yang kau boleh, then dah x tahan, stop jap. Rehat. Then sambung buat lagi. Ulang at least 3 kali. AT LEAST tau. Kalau boleh, buat lah lebih. Untuk korang jugak :)  Then dah siap tu, jangan lupa minum air. Esoknya kau akan rasa sakit2, but tu biasalah. Arnold Schwarzenegger ada cakap, No pain no gain. So biar je. Haritu kau rehat je. Then esoknya lagi, kau ulang lah sit-up tu beberapa set macam yang aku cakap tadi.

Boleh percaya ke? Mesti lah boleh. Tengok lah perut aku ni, mantap kot. Six pack. Nak tengok? Mana boleh. Awek aku pun tak tengok lagi kau dah nak tengok. Gatai naa..hahaha

Kenapa perempuan perlu exercise? 

Seperti juga perempuan yang mengharapkan agar her boy to be tough, so that he can protect her, lelaki juga perlukan perempuan yang fit. Ini bagi memastikan agar someday nanti, bila perempuan tu pregnant, her tummy  is strong enough to protect their child. Tengok. How suci murninya hati lelaki, fikir pasal anak. Ini tak habis-habis cakap lelaki gatal sebab nak perempuan yang mantap je. Kitorang nak protect anak kitorang lah. huh! hahah. Sounds merepek kan? But actually kalau korang fikir-fikir balik, it is true. :)

Moral hari ini, December 2, 2010: Do something that will benefit not only you, but others too. 

Tuesday, November 30, 2010

Remaja Yang Matang is Tagged

Damn you Mantol.
Sampainya hatimu membuat diriku begini?
Mengapa harus aku yg dikau tag?
Tiada orang lain lagikah?
Begitu pentingkah diriku ini dalam hidupmu?

Oh Mantol.
Akan ku pukul kau bila aku naik New York nanti.
Akan ku balas dendam kesumat yang akan ku pendam selama 3 bulan mendatang ini.
Tidakkan ku biarkan kau bersenang-lenang di sana.
Nantikan kedatangan aku.

The Great Sardin Is Coming
THIS SPRING.

haha. Ini kalau buat trailer best nih.

Merujuk tajuk di atas, saya, Mohammad Firdaus M Asari, bernombor kad pengenalan 901205015379, dengan ini, mengaku bahawasanya saya telah di-tag dan bertanggungjawab untuk membalas seruan si Mantol. Bersama ini, saya lampirkan butiran-butiran peribadi diri saya:

1. Nama aku Sardin. Bilis yang bagi nama ni kat aku. Aku pulak bagi junior aku nama Tuna. Kemudian junior dia Salmon. Dan kemudian Todak. The latest is Jerung. Ohh. I am touched. Cicit aku dah ada anak! hahaha

2. Sepertimana Mantol si kering ni, aku juga mempunyai blog sebelum ni. But delete, atas sebab-sebab yang bodoh. haha

3. Siapa jadi girlfriend aku dia sangat beruntung. Sebab aku suka belanja awek. So girls out there, sila la isi form I-Want-To-Be-Your-Next-Girlfriend yang boleh didapati di luar office saya. :)

4. Sangat malas nak belajar.

5. Tetapi sangat rajin untuk main.

6. Main apa? Main game, main bola, main badminton, main tennis, main kejar-kejar, main sembunyi-sembunyi, main main-main.

7. Ohh..how come aku lupa ni. Birthday aku bulan 12 dan aku selalu rasa aku bodoh sebab aku lambat lahir dari kawan-kawan aku.

8. Cakap pasal lahir, aku lahir di rumah, berbidankan ayah aku. heee :D

9. Nombor 9 ni sangat significant dalam hidup aku sebab adik beradik aku ada 9 and ayah mak nenek atuk aku semua adik beradik 9. hahaha

10. I love fashion. But xde lah sampai sanggup spend beratus-ratus hanya untuk jenama. More prefer to the beauty of it, rather than the name of it. Sebab orang nampak apa kau pakai, bukan nampak jenama apa kau pakai.

11. But aku salute siapa yang mampu beli Armani Exchange and seluar Evisu, bersama kasut Aldo.

12. Aku suka lepak kat balkoni rumah masa malam. Bawak air teh and adik sorang dua, duduk tengok bintang. Ahhh..so calm..

13. Aku sangat romantik. X caya? Baca post2 bawah ni

14. Aku jua seorang yang matang. X caya? Baca Blog Title kat atas tu. "Remaja Yang Matang". haa. Matang kan?

15. Walaupun aku matang, aku suka baca manga. Manga ni lebih kurang macam kartun la, but versi Jepun.

16. Berat badan aku x pernah lebih 53kg. :'(

17. Aku buat blog dengan niat adik-adik aku akan ikut jejak langkah aku dan tidak hanyut dibawa arus kealpaan remaja.

18. Aku x suka mat rempit merempit, but I dont mind hanging out with them. Why? Cause they are my friends. :)

19. Aku x pernah merempit, but aku suka lumba kereta. Selalu lumba dengan Nabil. Siapa yang ada dalam kereta masa malam tu, korang dah jadi saksi kecekapan aku mengelak macam2, dah macam dalam game Need For Speed! Siap ada balak terjatuh dari lori balak. hahaha

20. I am lucky I have someone who can manage my money. Sebab aku suka shopping, aku selalu overspend. So by having her by my side, sekarang dah x overspend dah. hehe. Thanks to that certain someone :)

21. If you look onto my wardrobe, it is almost all red. Most of my clothes are red and white.

22. I have two laptops. hehe

23. I hate nerds on Facebook. haha. Everyone does.

24. Sebagai lelaki, I am proud that I can cook. hee

25. 25, that is the age I am planning to get married. Too early? Nooo.. There's no point on living if you cant spend your time with your loved one. :)

OK. Dah siap. Should I tag someone? I hate to do so, but yeah, I have to. Sorry to that certain someone I mentioned earlier, Atikah, I choose you! hahah. Look forward for it.

Moral hari ini, November 30, 2010: Do always be cool. You'll find this world revolves smoother. Macam sekarang. Mantol tag aku, aku cool je. haha

Sunday, November 28, 2010

Shopping With Your Girl?

Disebabkan pembaca blog ni ramai dari US, aku assume semua da tau last Friday was Black Friday. Kepada yang x tau, Black Friday is the day when everything is cheap. Sana sini SALE. Mata jadi rabun dah tengok 50% lah, 70% lah, buy 1 get free 1 lah, macam2 lagi lah. haha. OK. Apa aku buat on Black Friday?

Bangun pagi gila, pukul 6, mandi2, solat, then 6.30 keluar with  girls to shopping mall. Yang aku x boleh tahan is, masa hari ada kelas, kalau boleh 15 minit before kelas start baru aku nak bangun. Ini, nak pegi shopping, sanggup tu keluar masa matahari pun xde lagi. Bulan pun masih terpacak atas bumi Ohio ni. haha

The night before pegi tu aku dah plan nak beli macam2, but bila sampai mall tu, baru aku perasan, aku jalan dengan perempuan. haha. So x boleh la nak shopping till drop. Baju 2 helai je yang aku sempat capai. Sedih gila. Balik tu terus beli online jeans and more shirts. hahaha

To my family in Malaysia, gambar ni khas untuk korang

Amacam. Jeles x tengok pokok Krismas ni? haha. Itupun nak jeles ke?

Based on my experience that day, I will tell you guys about what you should do when going out shopping with your girl.

First sekali, kena sentiasa cool. Diorang ni kalau nak shopping akan geleadah dulu setiap pelosok mall tu, baru beli baju selai. Kalau boleh masuk fitting room tu bawak baju sesuka hati, aku rasa satu kedai tu dia bawak masuk. Nak pilih yang paling sesuai la katakan. Tapi xpe. Kita lelaki cool. So ikut je.

Second, bila diorang keluar dari fitting room tu, pandang jap atas bawah, 5 saat more or less. Then pandang girl tu, and senyum. And puji la sikit2. Kalau straight cakap x lawa, mmg kau x kan dapat shopping dengan dia lagi la. haha

Third, bila dia dah puas try2 semua tu, kau tolong shortlistkan mana yang paling padan or lawa untuk dia. Pilih 3 la optimum. Then dia akan try lagi apa yg kau dah pilih tu. Macam biasa, senyum je.

Bila dia dah puas try semua tu, kau cakap la "Sayang, why not kita pergi kedai lain? Mana tau ada yang lagi best?" Haaa..yang ni memang lelaki jenis xnak keluar duit. Semua kedai dia cakap cmtu, last2 girl tu x beli apa pun. haha. Kalau yang gentleman, akan cakap macam ni "Honey, you look wonderful with this one. Let me pay for you" *Dengan senyuman yang menggoda* Ahhh. Cair hati mak ni nyah. hahaha

Dah masuk 20 butik, ajak la dia pegi makan, and make sure you pay for it. She will really appreciate it and sayang kau berlipat kali ganda.

Puas makan, jalan lagi, round2 lagi, kali ni kalau kau nampak Baskin Robbins or Haagen Dazs, ajak awek kau tu try baju lagi. Bagi dia baju banyak2, suruh dia try. Masa dia dalam fitting room tu, kau cakap la nak pegi toilet. Tak pun, kalau nak alim sikit, cakap la nak gi solat jap. haha. Dah keluar tu, beli la aiskrim 2 scoops. Kalau kau kedekut sangat, 1 scoop pun jadi la. But aku suggest 2 la. Kalau 2, awek kau akan rasa kau sweet sbb nak makan 2 scoop, kongsi2. haha. Kalau 1 je, dia confirm akan rasa yang kau ni kedekut gila. Dia akan fikir "Nanti anak aku nak susu, dia xnak belikan pulak" Ha. Kan susah. OK. Dah beli tu, kau pegi la kat room tadi. Jangan kau pegi room lain pulak. Kang tetiba orang tu keluar, menjerit dia tengok muka kau yang macam stalker tu. Pergi kat fitting room awek kau, cakap kat dia you are there already. Dia keluar je, kau hulur la aiskrim tu sambil cakap I Love You kat dia. Sumpah dia cair macam aiskrim tu cair.

Penat shopping, balik lah. Pusing lama2, lagi banyak duit kau habis. Bila dah sampai rumah tu, message her, tell her how fun it was shopping dengan dia. And jangan lupa say thank you. She will feel appreciated. Then bincang2 la balik apa yang fun. It sounds simple, but it is actually sweet to talk about what you have gone through that day with your loved ones.

Oh yeah. Lupa pulak. Dont forget untuk puji dia. Sepanjang hari tu, kau pujiiii je lah dia. Cantik la, lawa la, cun la, comel la, apa2 lagi lah. Bagi dia kembang. Bukan selalu pun kan nak bagi dia kembang. Time ni je lah nak ringan2kan mulut tu puji how beautiful she is.

Moral hari ini, November 28, 2010: Appreciate what you have. Hold to it and never let it go. Everything you have now is God's gift. So, be thankful.

Monday, November 22, 2010

Study Guide

OMG OMG OMG!     Nak SPM dah!

Post ini adalah khas untuk para pelajar sekalian. Juga untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil di rumah atau di tadika.

Cara-Cara Belajar yang Berkesan Mengikut Pakar Motivasi Dr Firdaus Asa'ri


Sebelum
1. Letakkan kata-kata motivasi di softboard, supaya anda rasa bersemangat untuk belajar.
2. Make sure keadaan bilik dalam keadaan bersih dan jauh dari ancaman perkara yang melalaikan seperti laptop atau komik.
3. Pastikan tidur yang cukup.
4. Makan ikut food pyramid
5. Solat lima waktu sehari semalam.
6. Duduk di tempat belajar anda, baca doa dan tarik nafas panjang2, slowly, 3 times

Semasa
1. Fokus betul2. Jangan fikir benda lain. Ni especially to girls. Masa belajar, mesti nak ingat "Aku kena belajar betul2, nak banggakan mak ayah aku". Your study efficiency will drop drastically. Kalau kau belajar 5 jam dengan worrying or thinking bout something else, what you are studying tu actually it's like 2 hours needed by those yang study betul2 with their mind on the books.

2. If tengah baca tu x dapat nak faham apa yang korang tengah baca tu, tutup buku, tarik nafas panjang2, minum air masak sikit. This also applies to exam. Dulu masa SPM, stiap kali aku stuck x dapat nak jawab soalan, aku akan tutup paper tu, angkat tangan, tggu invigilator tu datang, then cakap "Nak pegi toilet" Dah sampai tu, relax2 kejap, basuh2 muka, masuk toilet, keluar handphone, miskol member, tggu 5 minit, dia masuk, then bincang. hahaha. Korang yang x expert jangan try, nanti kantoi kau bersalah atas dua kesalahan, meniru and bawak handphone ke sekolah. haha

3. Cuba masa belajar tu korang gerak-gerakkan kaki. Proses pembelajaran akan menjadi lebih lancar pabila sel-sel otak bergabung. haha, ngarut punya iklan susu. Gerakkan kaki so that darah akan lebih lancar dan ini akan membantu otak anda untuk menghafal lebih banyak info dalam satu-satu masa. Ini kerana otak memerlukan kandungan oksigen yang mencukupi bagi membolehkannya berfungsi dengan baik. Dan untuk mendapatkan kandungan oksigen ni, kita kena pastikan darah bergerak lancar. Untuk darah bergerak lancar, kita kena banyak bergerak. Sebab tu jugak la ada orang yang suka berjalan masa nak menghafal something. Try la. Korang akan rasai perbezaannya. haha

4. Jangan layan segala call or message yang korang terima. Masa study, study. Nak bercinta, malam-malam la sikit. Baru best..haha

Selepas
1. Doa agar apa yang korang belajar tu melekat kat kepala sampai final exam. So nanti x payah nak study balik dah.
2. Take a nap. Ini sangat membantu. Aku x tau dari segi scientific-nya, but dari pengalaman aku belajar selama 20 tahun ni, ini akan dapat membantu anda merehatkan minda dan kembali bertenaga. But ingat, 5-15 mins je. Jangan lama-lama. Nanti badan letih
3. Dah habis belajar and took your deserved nap, pegi jalan-jalan, round-round bilik member. Ni dapat mengembalikan mood and keceriaan anda setelah tidur. Kalau nak lagi bagus, pegi turun bersukan. Main bola ke, badminton ke, paling malas pun, main game. But kalau main game, pastikan menang, kalau kalah kau bengang, x jadi gak. Macam Fadhil. haha

OK. Itu kalau study, apa nak buat kalau masa exam, tiba-tiba apa yang disoal tu kau x belajar lagi? *Ini x kan terjadi kalau korang belajar and cover semua dalam syllabus tu. Study last minute mmg akan jadi camni la. Apa nak buat? Pernah dengar By hook or by crook? Haa..Masa ni lah kita nak guna otak kita yang cerdas ni untuk mendapatkan jawapan.

1. Duduk tegak2.
2. Tarik nafas panjang2.
3. Muka pandang ke depan, but mata ke tepi, ke arah kertas budak sebelah.
4. Dengan muka cool dan mata yang tajam, tengok budak sebelah jawab apa.
5. Dah nampak jawapan dia, cuba fikir2 balik betul ke jawapan dia tu. Jangan tiru bulat2. Ini lah namanya Tiru-Cara-Pandai

Semoga berjaya dalam examination masing-masing guys!  :)

Moral hari ini, November 22, 2010: Kita semua dilahirkan pandai. Jangan ingat gagal sekali bermakna gagal selamanya. Bangkit, bangun dari kegagalan tu dan tunjukkan pada dunia yang kita juga boleh. Kepada yang belum pernah gagal, lepak-lepak ah doe. Kitorang nak berjaya gak... haha

Tuesday, November 16, 2010

Flowery Follower

The post's title is indeed a little too flowery for a guy like me. But yeah. It sure is true. Follower-follower aku semuanya istimewa. Mereka semua mempunyai tema blog masing-masing.

Anis Bin Persie dengan lagu and background yang meriah.
Asnida Hani dengan post2 meluahkan perasaan beliau.
Akmal Ehsan dengan post dalam English yang sgt power.
Atikah Adnan dengan story telling baginda dan muka yang sangat cute. hehe
Aqilah Mazlan with her extraordinary English.
Azleen Aziz dengan background yang sangat pink.
Fadhil Ghazali dengan post2 mencabar minda beliau dengan sering melibatkan konspirasi-konspirasi dunia ini.
Hafeeza Nakamura dengan post2 tanpa title
Orange Shaker dengan lagu background bahasa Melayu, but ala-ala Korea
Mira yang tersangatlah caring
Hafiz Fikri Romero dengan post2 yang sangat aku suka baca
Farhan Syahir dengan apa pun aku x tau. haha
Yati Sulaiman pun aku x tau nak komen apa. Just aku suka la gambar umbrella dia tu.
Intan Sofia and her Intan Sofia's Diary
Syed Alif Ikram yang aku rasa patut dah start mematangkan diri beliau by now. But tidak. haha. Gambar pun dah kartun
Syahmi Yem. Ni lagi sorang buat aku kena bukak google translate kalau baca blog dia. haha
Pisces(apa nama sebenar kau?) dengan masam manis hidupnya
Ily Shaheera dengan template yang agak menarik
Syahir Sephiroth. ohh. Apa lagu kau pasang ni?
S. Al. Farisi. Insaf aku dengar lagu dia. huhu
Ungu Violet dengan post2 membuka mata.

Dan mereka-mereka yang lain yang follow, but xde blog. Macam aku dulu. haha.

Dulu aku takut gila nak buat blog. Takut xde org baca. Malu kalau orang baca. Ketiadaan idea nak tulis pasal apa, dan juga jadual kelas yang sangat ketat. haha. Banyak alasan.

The reason I decided to start blogging is kebosanan yang terlampau. Masa tu duduk kat rumah, tunggu nak fly. Oleh kerana aku adalah batch yang paling last fly, lagi la terasa kan. Time tu my sis, Jieha, suka blogging and dia selalu la bukak blog-blog yang dia minat. So dengan tahap kebosanan yang kian membunuh tersebut, aku pun melangkah ke hadapan, menghampiri kakak aku tu dan baca sekali blog-blog tu. Dari situ lah aku dapat idea untuk buat blog ni.

Common blog : Cerita hal peribadi masing-masing dan jadikan blog dia tu macam diari dia. Dah macam budak-budak nerd yang selalu keluar status kat facebook tu. hahaha

Good blog : Cerita perihal agama. hehe. Aku salute korang punya effort dalam mengerjakan amar makruf nahi mungkar ni. Takbir! Allahuakbar.

Awesome blog : Cerita pasal masalah-masalah sosial zaman sekarang dan jalan penyelesaiannya. Of course, they are using a good way to attract the readers to keep on reading. Ada jugak yang buat blog pasal masalah sosial, but x tau nak attract readers, so blog dia dah jadi macam surat khabar. haha.

So by comparing blog-blog tersebut, and considering yang aku masih ada adik-adik kat rumah, so aku decide untuk buat blog mengenai Remaja. Apa masalah-masalah yang sering dihadapi remaja dan how to get through that phase of life, based on my experience of course.

Now I really hope that Malaysians will hear my voice because I can see that our country's foundation is crumbling. Kita, para remaja, sebagai tunjang negara seharusnya sedar bahawa kitalah pewaris negara dan tanpa kita, negara ini akan hancur, jatuh dan hilang dari peta dunia.

Haha. Ayat nak poyo. Blah ah. Mandi pun sekali sekala, nak jadi tunjang la apa la. X dapat ah jekk. hahah. Tapi betul ni, aku dah lama dok perhati remaja-remaja kat Malaysia ni. And sekarang aku rasa mat-mat salleh ni lagi baik dari kita. Sedih ah. Apa nak jadi dengan kita ni? :'(     haha

Moral hari ini, November 16th, 2010: Jadilah Remaja yang Matang, macam aku. hahaha

Saturday, November 13, 2010

Mengorat Awek

Henti henti panggilan ,
Berdering untuk merebut peluang bertutur,
Belum kira barisan yang beratur ,
Hingga ke Singapura menunggu janji temu.

Ramai lelaki mengaku macho tapi hancur,
Hanya omong kosong,
Lainlah aku yang tampan,
Susuk tubuh menawan,
Dapat kau pasti beruntung. (Terhangat Di Pasaran, Adam & KRU)

Itulah lagu Adam AF and KRU. Memang dorg hot. Handsome dan macam-macam lagi. BUT. Aku apa kurangnya, cute, tough, jalan bergaya. Apa yang x cukup? haha

Dari dulu, ramai kawan aku cakap aku playboy sebab aku x suka layan girl. Aku x faham apa kena mengena-nya. Aku rasa macam lagi better je kalau dorg panggil aku gay. At least gay ada perasaan, playboy mana ada. Tau nak main perempuan je.

So dah alang-alang kawan-kawan aku panggil aku playboy, aku rasa aku agak credible la jugak kan untuk mengajar korg semua wahai jejaka-jejaka kesepian sekalian macam mana nak mengorat, dengan cara moden. Cara lama dah x boleh pakai dah. Bagi-bagi bunga? Hello..girl sekarang mana pandang bunga dah. Ayat-ayat jiwang? X perlu pun.

2 je yang kita kena ada. Duit and rupa. Dengan rupa yang kacak, dan duit untuk beli baju-baju yang stylo, setiap langkah kau berjalan tu, pasti akan ada girl pandang.

Next, cara nak approach. Arakian cara aku approach awek aku agak lain dari yang lain, so aku rasa korg boleh la try cara ni. *Actually post ni memang aku saja nak tulis macam mana aku ngorat dia, atas permintaan ramai. haha

Atikah, let me tell them our story ye. Dah ramai ask me to make a post bout this. :)

OK guys. Dia dah bagi green light. Meh sini aku cerita.

Kejadian Di Sungai Gabai


Aku dah lama usha awek lawa ni. Asal hari Jumaat je dia akan datang kelas aku, cari kawan2 dia. So aku dengan sengajanya akan keluar kelas lambat2 so that aku akan dapat cuci mata cukup2. haha. Masa first time aku jumpa tu, korg maybe x caya, but ni kisah benar. Aku rasa dunia ni cam stop rotating. Masa tu ada Nadiah and Nani, but serius, aku rasa macam dorg x bergerak. Yang aku nampak is dia, si dia yang telah berjaya menambat mata dan hatiku ini, Atikah Adnan.Masa tu musim luruh 2008.

Aku berjaya berkenalan dgn dia masa Summer 2009. It's a very long time kan? Tapi x pe lah. At least dapat jugak kan kenal. haha. Bukan aku x berani nak approach, just masa x sesuai. Ramai je cuba usha dia, but x dapat, sebab dia still belum bukak hati dia untuk boys. Aku just tunggu the time when opens her heart to a guy. Masa yang dinanti-nantikan akhirnya tiba.

May 19, 2009


Member-member plan nak pegi Sungai Gabai on that day, so aku pun join la. At first aku x tau Atikah ni join skali. On the way tu ada singgah MASJID, kat situ la baru aku perasan kehadiran dia. Patut la dari awal rasa excited je nk join trip tu. haha

Dah sampai kat waterfall Sg Gabai tu, aku adjust2 tuk dia nampak aku. Luckily, dia kawan baik with Nani and Nadiah, so aku pn lepak la dgn dorg. Atikah ni macam malu2 pulak nak masuk air mandi skali. So aku pun join la dia duduk kat gigi air je. Masa tu only God knows how nervous-nya aku. Aku dah la pemalu. hahaha.

Tiba-tiba ada org datang, jerit "Woi! Ayam dah siap!" haha. Ingatkan apa lah. So kitorang pun gerak la. Sebab aku gentleman, aku biar lah gadis2 ni jalan dulu. Atikah depan aku masa tu.

Tiba-tiba

"Ahhh!!"


Spontaneously, and unexpectedly, aku tengok Atikah ni dah dalam dakapan aku. Dia hampir jatuh ke tebing yang agak tinggi and curam. Aku telah berada di tempat yang betul and pada masa yang betul. Kalau x, aku x tau apa jadi kat Atikah ni. Kat bawah tu aku boleh nampak cerucuk2 akar pokok yang tajam, so kalau jatuh, huhu. Ayam2 tu buat tuk kenduri arwah je lah. hahah

Kami masing-masing tergamam. Lama gak aku paut Atikah ni. Dia macam trauma and aku pun still in shock.

Nasib baik Paan, one of my friends yang join pegi mandi2 tu, jerit dari belakang. "Hoi! Kau buat apa tu?" haha. Only then kitorg gain balik our consciousness.

Somehow, masa aku paut dia dari jatuh tu, I felt something, not on my hands, but it was on my heart. Until now aku x tau aku rasa apa masa tu. Love? Maybe. Good guess though. haha

Then dah makan, dah puas mandi, kitorg pun berangkat lah balik ke Shah Alam. On the way tu, ada lagi 1 kejadian berlaku.

Masa tu kereta yg aku naik, yang dipandu oleh Khalis, mengekori rapat kereta Yam, yang di dalamnya ada Atikah ni.Sampai lah kat tol mana tah kat Shah Alam tu, aku x ingat, kalau tanya Atikah dia ingat la kot. hehe. Sorry tyka. :p  Kat situ, kitorang decide nak guna lane Touch n Go. But entah kenapa, kereta Yam cant get through. So kitorg reverse la kereta ktorg and ikut lane sebelah. Lepas je lane tu, kitorg stop jap, and aku keluar kereta tu, lari ke arah kereta Yam, dengan niat nak tolong. Sampai kat kereta tu, aku pun keluarkan lah kad Touch n Go aku, and use it. It worked and Yam can got through. I saw from outside of her car, Atikah was smiling towards me. hehe. "Ni dah jatuh hati la ni", that's what I thought. haha

So sekarang, thanks to those incidents, aku berjaya dapat the most wonderful girl in this world by my side. hee. Thanks God for this gift.

Moral harini, November 13th, 2010: Sentiasalah bersabar. Apa yang kita hajati pasti akan kita miliki.

Saturday, November 6, 2010

Superheroes

With great power comes great responsibilities.(Ben Parker)

Yeah. I know it is Spiderman.

I always dreamed bout superheroes back then when I was a kid. Just name it.




Spiderman si labah-labah x reti lari, nak lompat je keje




Superman si power nak mampus x reti nak mati




Power Rangers yang at last akan guna robot jugak untuk menang




Ultraman yg bila dah berkelip-kelip baru nak guna superpower dia




Ash(Pokemon) si budak yg selalu menang sebab nasib




The Flash si pelari pecut tapi x nak masuk lumba lari Olimpik


Batman yg sumpah aku rasa weak gila.

Dan lain-lain superheroes yang memang x logik.

Kenapa kita minat tengok kartun masa kecik-kecik dulu? Aku pun x tau. Ini semua psychology thingy. I dont wanna know. Yang aku tau, aku suka tengok semua kartun. Yang kat atas ni baru sikit. haha.

So kepada korg yang dulu minat kartun but sekarang sedang meningkat remaja, itu adalah perkara biasa. Tengok abang ni, dah matang bergaya sekarang. *wink2*

Kartun, games, comics, itu semua x salah. Ada sekali kawan aku tanya, novice tu apa, sebab dia baru first time jumpa word tu. But aku dah lama jumpa, sebab aku main game, Ragnarok Online. Awal2 tu kau akan jadi level novice, then baru gradually upgrade. So novice ni aku dah tau masa aku kanak-kanak lagi. Then, ada lagi sorg ni tanya, flank tu apa. Yang ni aku tau sebab aku main game PES dan Winning Eleven. Maksud dia lebih macam winger kalau main bola. Main ikut tepi. haha.

Itu baru game. Korg baca ni pulak.

Capt- Are you ready kids
Kids- Aye aye captain
Capt- I can't hear you
Kids- Aye aye captain
Capt- Ohhhhh
Who lives in a pineapple under the sea
spongebob squarepants
Absorbent and yellow and porous is he
spongebob squarepants
His nautical nonsense be something you wish
spongebob squarepants
So drop on the deck and flop like a fish
spongebob squarepants
spongebob squarepants
spongebob squarepants
spongebob squarepants
sponge bob squarepaaaants!
do do do do do do do do 


OK. Apa do do do tu? haa..pandaii. Ni spongebob squarepants punya theme song. Signifikasinya di sini adalah korg rasa korg tau x apa tu absorbent tu apa masa korg sekolah rendah? Porous? Nautical? ha. X kan? So actually cartoons ni banyak gak mengajar aku istilah-istilah English masa sekolah dulu.

Sebenarnya aku tulis post ni sebab mak aku. hehe. Dia akan selalu tanya aku buat apa depan komputer kalau kat rumah. "Daus!! Buat apa depan komputer tu lama-lama? Gi belajar lah!" Aku akan jawab "Belajar English mama" haha. Kat sini aku tak boleh dikira sebagai menipu mak aku, sebab aku duduk mengadap laptop or komputer kat rumah tu untuk baca komik selalunya. Komik-komik tu pulak in English kn, so tu kira aku belajar English la. haha. So kalau ada adik2 korg yg suka baca komik, jangan marah, tu dia tengah belajar English actually, just in a different way.

So kepada adik-adik aku yg 5 org tu kat rumah, kalau korg baca ni, gunalah cara aku ni ea. Mama x kan marah. Korg buat lah pape pn, cakap je tengah belajar English, terus mama biar. hahaha. Luckily I have you, Mama, as my mom. Or else, habis telinga aku kena cubit. haha

OK. Dah lari jauh ni. Tajuk entry ni Superheroes. haha. Lantak lah. Dah ke mana tah hero2 aku tu. Ni aku just nak cakap, kalau nak belajar English, bukan setakat buku je yg boleh ajar kau. Kalau korg jenis yg susah nak baca buku, nak buat macam mana kan. Bukak la youtube, dengar lagu2 dia and try to catch everything they sing. Kalau susah jugak, baca komik. Kalau malas jugak, keje kau nak main je, main Final Fantasy or any other games yg berkaitan dengan adventure. Jangan main game bola or kereta. X banyak yg dapat korg belajar. Kalau final fantasy tu korg boleh belajar words such as remedy. Dulu kecik2 aku guna word ni dalam essay aku, terus cikgu bagi aku A. So, jangan risau untuk main game ye adik2. Kalau parents marah, cakap tengah belajar English. But kalau kena rotan jugak, hehe, bukan salah abang. hee

Moral hari ini, November 6th, 2010: Dunia ni ada berbagai peluang yang kita boleh grab. Lagi-lagi di dunia tanpa sempadan ni. Use them wisely, and you'll find yourself, somehow, being a better person.

Thursday, November 4, 2010

A thousand times


I've got my 1000th pageview just now. Too bad aku x sempat nak perasan dia dah 1000, dapat yg 1002 je. haha. Jadilah, dari jauh sgt angka dia lari kn.

Apa significance-nya angka seribu ni pada aku? Tu lah kan. Lepak ah bro. Baru seribu. Org lain lagi banyak.

Kalau aku kira dari first day aku post, October 5th, and sekarang,November 4th, so sebulan. Lah. Baru sebulan ke blog kau ni? haa.. Tu lah. Aku pun mcm cant believe it.

Last month aku still baru, masih newbie, novice, or noob dalam dunia blogging ni. Malam-malam tengah xde idea, bukak chat dgn Atikah, tanya dia what should I do to make this and that. Nasib baik lah dia ni penyabar. Kalau x, xde lah korg nak baca post2 aku ni. haha

But now, I am matured. Aku dah ada ramai pembaca setia. Thanks to all of you. I'll keep on posting interesting things for you guys. haha. Remember, siapa yg baca blog aku ni, you guys are cool. Kenapa? Sebab korg baca post2 yg cool. *kenyit mata sikit. haha

So untuk blogger yg baru sebulan jagung macam aku ni, kira bagus la kan dah ada 1000 pageviews. hehe. Masuk lif, tekan button. X main lah masuk bakul angkat sendiri. Memang x ke mana la.

OK. If you guys yg cool-cool belaka ni ada idea nak aku tulis pasal apa, just drop your idea on the chat box. I'll try to make a post for you. haha

Moral hari ini, November 4th, 2010: Post ni xde moral. Korg yg kena bagi aku feedback so that aku boleh improve myself and this blog. Untuk korg gak. Lagi banyak korg komen, lagi byk la aku improve. hehe. And dont forget to drop your ideas on the chat box. See ya! :)

English

As I am making friends here at Ohio State University, I am concerned that not all the readers know Malay Language. So now I decided to make a post in a full English. Since this is my first post in English, do expect some grammar mistakes. There wont be any spelling mistake though, coz there will be a red line below the error, so I can easily correct it. hehe.

So. What makes it so difficult to write in full English? For me, the challenge is to make it sounds fun.

This is my 57th day here in United States, so there are a lot of things I need to learn. Making fun is one of them. I find it difficult to be humorous because I am still at the level which sometimes I need to translate the word from Malay to English.

For now, my friends are from my Statics class and from my workplace. I wont make any friends in my Material Science and my Differential Equation class because the class is so serious. There havent been any jokes! I havent laughed even once in those classes.haha. Plus, there is no one pretty in there. So it makes me kinda "duhh." I really hope that the next quarters' classes will be much enjoyable than what this quarter offers me.


In my workplace, I am working at the kitchen, and there will be times when I will work with Jacob, a white, and Deawna, an african american. With me as an asian, that makes it an interracial. Yeah guys. You heard it right. INTERRACIAL IN THE KITCHEN. hahaha.

Most of my friends will ask me, "Why do you come to United States?" At first when they asked me that, my answer will be that United States is bla bla bla, and this, and that. But now, my answer will be "My sponsor asked me to". Somehow, it works to make them feel like "Fuyyooo!!" hahaha. Then I will make a humble face. haha.

I really hope that I can improve my English. If not, there is no point I come here. AND, it will be shameful if I go back home and being asked to speak in English, but I cant. What a loser I would be. haha. So, to the people around me, please do help me to improve my English.

Moral of the day, Novemer 4th, 2010: Hunt as many animals as you can as you hunting. And learn as many things as you can as you study. ;)

Sunday, October 31, 2010

Tackling Techniques

I played futsal with the Whites yesterday. There are some who is good, but most of them reti-mintak-bola-but-bila-dah-dapat-buat-tak-tau. haha.  Just now we played against the Koreans pulak. The Whites are better I think. Malays? Mestilah Melayu Boleh! haha

Whites and Asians are completely different. But there is something they have in common; mencederakan kaki aku! Habis calar balar sopak-sopak sana sini kaki aku dibuatnya. Kesian kan? :'(   haha

They should be taught how to tackle in the right way. Macam mana? Macam ni.

1. Perhatikan kaki orang yg bawak bola 2.
2. Dekatkan diri, with caution. Soccer players could be dangerous when they have the ball with them.
3. Hulur kaki ke arah bola tersebut. Bukan hulur ke arah kaki ye kawan-kawan.
4a. Kalau dapat bola, terus pass bola tu. Sebab mesti la org tu bengang kan korg rampas bola dia. So baik lepaskan diri dari dikejar. haha
4b. Kalau x dapat pulak, just say this out loud, "Sorry. My bad !" 

haha. Macam tu lah kalau nak tackle bola.

Macam mana nak tackle lelaki
Apa? 
Macam mana nak tackle boys?

Korg ni selalu tanya soalan pelik2 kan. OK lah. Meh sini Tackling Boys 205

1. Benda pertama korg kena buat is pastikan dia ni available. Single ke tak single tu tak kisah. Sebab senang je nak rampas laki dari girl ni. haha

2. Cuba cari kat mana dia selalu have his lunch. Sebab lelaki ni akan ada habit dia suka mengusha time nak makan. hehe. Sorry lah ye sesiapa yg aku usha tu. Korg pakai baju lawa sangat. Aku pandang la. Kalau x, membazir je la kan kau pakai seksi-seksi macam tu kalau x pandang.

3. Ha. Tu dia. Korg nampak kan dia duduk mana? OK. Pegi beli sandwich dengan air fresh orange. Duduk di position yang membolehkan lelaki tu nampak kau. Jangan dekat sangat. Nanti kantoi korg punya tudung x betul. haha. Jangan lupa silang kaki, nampak 80% lagi ayu dari duduk biasa. Ha. Nak tambah ayu, pakai baju putih pure punya. Confirm laki tu akan perasan kehadiran kau kat situ.

4. Makan. Ha betul. Makan. Makan dengan seayu yang kau boleh and jangan lupa doa dalam hati so that laki tu pandang kau and jatuh hati dengan keayuan kau makan sandwich tu. Sesekali, pandang lelaki tu, and kalau dia pandang kau, kau senyum sikit. Jangan obvious sangat. Just so that pada dia kau ni murah dengan senyuman. :)

5. Stalk! haha.  Yeah. Thats true. Stalk dia dekat facebook. Amik tau adik beradik dia berapa ramai and so on. Alah. Aku sure korg mesti tau kan mcm mana nak stalk. Get as much information as you can. Especially about me and status dia. Ni amat diperlukan untuk langkah seterusnya.

6. Add dekat ym. Type macam ni "Salam. Nak kenal boleh?" haha. Berani lah kau tanya macam ni. Terus kena reject. OK. Tulis macam ni "Hey there"  haa..kan nampak kau macam lagi 'up'. haha. Masa ni lah korg nak gunakan maklumat2 yg korg dapat dekat facebook tu. Kalau x, hambar je lah kan conversation tu.

7. Sekarang dah kenal kan? Haa..nice. Sekarang kau pegi print gambar laki mana2, handsome2 sikit, then selit kat buku kau.

8. Part ni penting. Dekat depan library, kau nampak dia tengah jalan sorg2 nak masuk ke library. Kau cepat2 potong dia and timing supaya kau dapat langgar dia masa kat pintu library tu. haha. Dengan kecerdikan dan kelicikan yg kau ada, pastikan gambar laki mana kau print tu jatuh and kau kutip buku2 kau and biarkan gambar tu. Dia mesti akan perasan and amik gambar tu then bagi kat kau. Sebab dia lelaki, dia akan diam je. AND dia akan diam lama la jugak dari contacting kau.

9. Tegur dia kat facebook. Tanya dia kenapa lama x contact. Dia akan jawab "Awak dah ada lelaki lain, saya x nak lah kacau girlfriend org." Then kau tanya lah mana dia tau. "Emm..habis tu gambar yang jatuh depan library tu?"  So kau explain la kat dia tu ex kau. Ngadu kat dia betapa teruknya kau terluka. Sebagai lelaki yg gentleman, dia akan rasa simpati and listen to your story. 

10. So skrg dah start ngadu-ngadu ni, memang senang lah kau nak rapat dgn dia. Dah rapat2 tu, next is the boy's turn to take the other steps towards a relationship.

Ha. Jangan sesekali korg guna cara ni. Aku 100% sure x kan berjaya. haha. Nak tackle lelaki? Xde maknanya nak tackle2 lelaki ni. Pada lelaki, girls yg start approaching ni mcm 'mudah'. 

Ingat. Jahat mana pun lelaki tu, kalau nak perempuan untuk dijadikan isteri, dia akan cari yang baik2. So kalau kau yg start approach, sorry to say la babe. Kau aku buat just as my geli-geli je. haha

Moral hari ini, October 31st, 2010: Kepada remaja-remaja yang masih belajar tu, belajar lah dulu. Dapat result gempak2, then keje bagus2. Then only korg fikir pasal kawin. Kalau dari Form 1 dah ada girl/boy, nanti by the time kau nak kawin, dah berapa ramai ex-es yg kau ada? Kalau aku ayah partner korg, and aku dapat tau yg korg ada ramai ex, sumpah aku x kan bagi kau berdua kawin.

Thursday, October 28, 2010

Hikayat Asrama

Hari ni aku berasa sungguh penat.  Why baby why?  Sebab malam tadi tido lambat *uhuk uhuk* (sambil buat muka sedih)  Lah.. Kenapa tido lambat?  Sebab ada orang bising2 terpekik terlolong kat luar..  Dah tu? Takut..(muka masih sedih)  haha. Pandai lah kau menipu kan.

Kat us ni aku x penah rasa takut. Either takutkan orang mahupun hantu. Tapi kalau kat Malaysia, fuh fuh fuh fuh. Sembur kiri kanan depan belakang, nak halau hantu. hahaha. Dari mana korg selalu dengar cerita2 hantu ni? haa..pandai.. selalunya insan2 pencerita hantu ini adalah: Nenek dan Kawan2. 


Kalau Nenek punya cerita hantu selalunya berkisar mengenai kejadian-kejadian dekat hutan, semak, sungai or air terjun, x pun, dekat perigi. Yang paling aku takut is yang dekat perigi ni lah..memang amat menyeramkan. Boleh tahan seminggu dia punya takut x nak pegi toilet malam2. haha

Kawan ni pulak, selalunya dekat asrama.

Dulu time awal2 dapat tawaran masuk asrama, rasa excited gila. Rasa macam  "Akulah budak paling pandai" . Tinggalkan kawan-kawan dekat sekolah lama, wish-wish good luck sikit, then blah cmtu je. Dalam kereta otw tu, asyk pk cmne la sekolah tu. Sebab dulu before masuk asrama tu aku baca buku Dear Yayah, so korang2 yg dah baca tu mesti tau la kan how excited aku masa tu. Gila kau. Best siot kalau asrama macam dalam buku tu wujud. Tu lah kau, baca buku perempuan lagi. Padan muka. haha


Bila dah masuk asrama, dah daftar, malam tu jugak, senior2 ni dah pedajal aku n kawan2 aku. haha. Ayat pertama dorg  "Korg nampak kan kubur depan sekolah tu?"  Hai..jangan lah buat aku mcm ni. Aku baru sampai kot.

Then masuk lah cerita-cerita hantu masing2. Yg aku ni pulak, bodoh, boleh percaya. Siot betul. haha

Hantu sinki
Ha. Cerita ni I believe, ada dekat semua asrama. Ada sorg mamat ni, nama dia Mat (ha. nama pn dah nampak sgt tipu.) Dia baru Form 1, so macam penakut2 sikit lah. Si Mat ni tetiba bangun kul 4 pagi, sebab x tahan nak buang air. So sebab dia takut, dia kejut la kawan dia, mintak teman gi toilet. Oleh sebab jam dah pukul 4, so dorg pn decide tuk bersiap terus tuk pergi ke surau subuh tu (solat wajib kat surau, especially to juniors) So si Mat ni pn pegi lah buang hajat dia, sementara kawan dia ni tggu kat luar. Then Mat keluar, nampak kawan dia kat sinki. Mat pun pegilah berus gigi sekali dengan kawan dia tu. But then Mat ni rasa lain macam sebab kawan dia ni selalunya banyak cakap. Ni kawan dia ni diam je. So Mat pandang lah kawan dia ni, tengok2, kawan dia ni tengah berus gigi, guna pisau. And mulut dia berdarah-darah. Sebab ketakutan and x tau nak buat apa, Mat pn buat-buat macam x nampak. Tapi lepas tu, kawan dia ni toleh kt Mat and tanya "Kau dah tau kan aku siapa?"(sambil mengilai). Then yang senior ni buat perangai dia, HUARGHHH!!!   So junior2 ni pun apa lagi; oh mak kau. huwaaa.. eh b*bi dan bermacam-macam lagi jenis carutan bila terkejut. haha. Siap kau senior, ada hari aku balas..

OK. kalau hantu sinki or hantu gigi or tah pape lagi korg pggl ni ada kat asrama korg, Aku boleh bet cerita next one ni sekolah aku je ada. Cerita apa? haa..layan...

Mayat Pemain Ragbi 'Disembunyikan'
Berminat x nak dengar? ha.. Cerita dia mcm ni. Hari tu semua cuti, sempena apa tah, x igt. Tapi ada beberapa pemain ragbi ni x balik, sebab ada tournament lepas cuti tu. So dorg stay dengan niat nak training.
Satu petang tu dorg x dapat nak berlatih kat padang, sebab hari hujan. So dorg pun decide untuk train kat dalam dewan sekolah je. But tah macam mana, sebab dah bosan kot men ragbi je, dorg main bola jap..
Entah macam mana, tiba2 senior sorg ni terlanggar tiang badminton yg dorg gunakan as tiang gol, and serta merta jatuh dan x bergerak. Rupa-rupanya leher dia patah and dah x bernyawa dah masa tu. Sebab ketakutan, dan hari dah senja, nak masuk maghrib, dorg bungkus mayat tu dengan carpet and sembunyikan mayat ni dekat stor belakang dewan tu.
After maghrib, dorg ni bincang nk buat apa dgn mayat tu. Then they decided tuk rahsiakan perkara tu, and tanam mayat tu keesokan harinya. So tinggal lah mayat tu dekat stor semalaman, sendirian.
Esoknya, dorg ni pegi la stor tu balik, but tengok2 mayat tu dah xde. Puas dorg cari but x jumpa. So at last, dorg report gak kat warden..apa jadi lepas tu kat dorg and mayat tu aku x tau.
But yang aku tau, setiap kali aku masuk stor tu, aku xkan pandang sampai ke hujung. Masuk, and cepat2 blah. And lepas je pukul 6.15, dah x kan ada sesapa kat dewan tu, sebab akan ada something yang akan buat korg rasa pressured.

Fuh. Siap jugak cerita yg satu ni. Aku dah la penakut, ni type pn menggigil je. Meremang-remang bulu roma aku. haha.


So kat sini aku nak cakap, kalau nak main tu, beringat lah. Dan jangan terlalu over dalam sesuatu perkara. Kita ni manusia and Allah dah bagitau, bila2 masa je kita boleh hilang nyawa kita.


Ha. Itu baru cerita-cerita senior yang x boleh nak dipercayai sangat. Ni cerita aku pulak. Yg ni korg kena percaya, sebab aku x penah tipu. hehe

Hantu versi aku
Menarik kan tajuk dia? haha. Ok. Cerita dia mcm ni. Masa tu aku prep, and aku and kawan2 batch aku kena pegi seminar untuk EST. Before tu kitorg pegi la surau dulu, solat-solat and mintak Allah tolong ktorg nak SPM ni. Then bila keluar surau, sebab masa tu aku tiba2 alim, aku antara yg keluar last dari surau tu.
Aku tengok selipar aku dah xde. Kena curi la kot, norma asrama. Then aku dengan sayunya, jalan kaki ayam balik asrama. Sedih gila time tu. Aku siap sumpah2 lagi siapa yg curi selipar aku yg aku curi dari junior tu.
Masuk je asrama, bulu roma aku meremang. Gelap gelita! Ni lah first time aku balik asrama sorang2 masa prep. So terimalah akibatnya.
Lampu semua padam, so awal2 tu aku x nampak apa. Aku lepak jap, then mata ni dah biasa dgn gelap, dah start nampak la. Aku jalan sikit, then meremang lagi bulu roma aku. Aku gagahkan diri sebab xkan nak pegi prep kaki ayam, malu la aku.
Berbekalkan sinar bulan, aku jalan se-slow yg aku boleh. X boleh bukak lampu, nnt kantoi dgn warden susah. Dorm aku kat tingkat 2, so kena naik tangga. Aku letak je kaki aku kat tangga tu, aku dah boleh dengar air dari shower kat floor aku tu. Aku dah start rasa nak nangis. haha
Bila dah sampai kat tingkat 2, aku rasa macam semua shower tu dah terbukak. Memang rasa seram gila ah. Then jalan lagi nak sampai ke dorm aku. Dorm aku yg ke3 dari tangga. Aku lalu je dorm yg first tu, kipas dia terbukak sendiri. Aku melajukan langkah aku. Sampai dorm yg kedua, kipas dorm tu pulak terbukak. Aku dah x boleh tahan macho lagi dah. Aku lari je terus. haha
OK. Dah sampai dorm aku. Aku dah berpeluh2 dah time tu. Kat depan pintu tu, aku doa banyak2 supaya xde pape yg kacau aku lagi lepas tu. Dengan bismillah dan doa masuk rumah, aku melangkahkan kaki kanan aku ke dalam dorm, dan bagi salam, Assalamualainawaalaibadillaissolihin. Aku bukak je lampu, ZAP. Ada kucing terkam aku. Kucing hitam. Aku hampir pitam. Nasib baik sempat cover and x gelabah. Dia punya tekejut jangan cerita lah. haha. Aku cepat2 pegi locker aku, amik selipar spare aku, then lari selaju yang aku boleh. Kat tangga tu aku terus lompat je. Dah xde dah nak turun satu-satu. haha. Serius adrenaline aku dah macam apa masa tu. haha
Alhamdulillah, aku sempat sampai ke seminar EST tu dengan selamat.

Sampai sekarang aku x penah jumpa the real hantu. But selalu jugak la kena kacau. Kesian dengan adik aku sorg tu, tiap2 minggu jumpa. haha

Moral hari ini, October 28th, 2010: Lakukan sesuatu perkara dengan sebaik mungkin, but jangan go beyond the boundaries. Ingatlah bahawa sesuatu perkara yang kita lakukan ada consequences nya. Lagi satu, jangan cepat percaya apa org cakap, kelak kesal di kemudian hari. especially cerita hantu. haha

Sunday, October 24, 2010

Kerja


I hopped off the plane at LAX with a dream and my cardigan
Welcome to the land of fame excess Am I gonna fit in?
my right and I se
Jumped in the cab, Here I am for the first time Look t oe the Hollywood sign This is all so crazy, everybody seems so famous
I'm nervous
My tummys turning and I'm feelin kinda home sick Too much pressure and
Bla Bla Bla ~
It's a party in the USA!     (Miley Cyrus) 
Oh yeah! USA! Party!
Tiap-tiap weekend kau nak party. X belajar ke weh? haha. Jeles gila aku. But in the end, aku ter-influence gak. Habis je kelas hari Jumaat, balik rumah, campak beg, x bukak2 pn smpai Isnin. haha. Kesian kau buku.
But
Aku x party la. Aku x bukak buku sebab aku nak kerja hari Ahad. So Sabtu kena tido awal. Come on man. This is Saturday night! Hell yeah. Pegi la kau party ngn arak busuk kau tu. Serius ni. Arak busuk gila. Aku x boleh bayangkan mcm mana rasa dia. Bau pn dah nak muntah, kau pegi minum. Patut la kau mabuk.
Mat salleh ni macam ada satu phrase yg diorang pegang dari kecik, "Do your best. Either study, working, or     enjoy." So diorang ni akan party sehabis-habis struggle diorang lah. Sampai dah x boleh bangun. Do their best  la bak kata diorang. Yang ni aku respect la. But diorang ni menipu je. Party je diorang semangat. Belajar xde lasemangat mana pun. haha. Pegi kelas mana bawak pencil case. Masuk kelas, duduk, "Hows it going dude?"   sikit, then bawak kuar pensil sebatang dari poket. hahah. Terbaik lah kau.
Tengok macam aku. haha. Baik tau. Pegi kelas bawak beg besar, bawak botol air, bawak pencil case. Apa lagi? ha. Buku teks. Complete semua. Baik kan? hahaha. Jahanam lah kau puji diri sendiri.
Tadi was my first day working in USA. 6 jam kerja? It's not that bad. Yang   penting pada aku, dapat duit, gain experience, cari kawan, and improve my English.
Actually ada lagi satu reason aku kerja ni. Nak sara family. Susah kalau dah ada family ni. Nak beli susu anak, lampin lagi, makan diorang. Besar tanggungjawab aku sekarang. hahah. Takde lah. Aku kerja sebab nak          dapatkan SSN(Sosial Security Number) then nak beli iphone. hahah
p/s; To Atikah, i work for us. :)
Moral hari ini, October 24th, 2010: Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.  Do always adapt to your surrounding and get the best out of it.

Thursday, October 21, 2010

True Love and Cinta Monyet

Seperti biasa, aku akan dapat ilham nk tulis post ikut filem-filem yg aku baru lepas tonton. haha. dah lama x dengar word tonton.

I skipped several classes today coz I dont feel like going. So duduk kat bilik, bukak laptop, search2 youtube, jumpa la Legenda Budak Setan. I thought this movie gonna be another crap Malay movie, BUT, I ended up tersedu-sedan menahan sebak dek kerana kesedihan.hahaha. Maybe sebab aku tgk dekat bilik and sorang2, so feeling tu lebih..hurmm

Dalam cerita tu, hero dia betul2 setia dekat heroin tu. Sumpah kalau aku girl tu, aku akan terharu gila. wuuu..haha. Aku pn terfikir "Ada ke lelaki mcm ni wujud lagi zaman ni?"

Then aku teringat zaman-zaman sekolah rendah, zaman Cinta Monyet. Masuk-masuk kelas, tengok bawah meja, ada note "Hye awak". haha. dah dapat surat mcm tu, rasa gembira gila. Biasalah budak2 br nak kenal dunia. Then bila dah dapat tau siapa yg letak note tu, bila terpandang eye-to-eye, mesti akan senyum2 malu and blushing gila-gila. haha. what a memory. Kepada Aisyah, Jannah, Suraya, Sabrina, Fatin, dan semua yg pernah suka aku dulu, "Korg apa khabar? Ingat lagi x kisah2 kita dulu?" haha. Kita pernah pandang-pandang malu-malu..makan sama-sama..main pondok-pondok sama-sama and korg mesti akan suruh aku jadi pengantin lelaki. hahaha. Serius aku x boleh lupa.

Memang indah zaman sekolah rendah kita dulu kan. Tapi semua tu hanyalah kisah-kisah cinta budak-budak.

Cinta yg sebenar adalah sgt berlainan. Ramai kawan-kawan aku akan consult aku dalam perihal cinta ni. Kenapa? Sebab dorg cakap aku ni playboy.haha. Playboy lah sangat. Awek pn sorg je..

OK. Jom belajar.

Perbezaan Cinta Monyet dan True Love:

1. Cara berkenalan
Kalau cinta monyet ni selalunya lelaki yg akan make move dulu. Macam2 gaya. Ada yg start dgn baling2 batu, ada yg letak notes bawah meja. But semua tu ada satu persamaan, lelaki tu x berani bersemuka.haha
Kalau True Love pulak, korg bayangkan situasi ni, tengah lepak-lepak dekat Starbucks, tiba-tiba ada sorg gadis ayu naik escalator, menuju ke arah anda. Masa bagaikan tidak bergerak dan orang-orang sekeliling bagaikan tidak berganjak. Yang ada hanyalah anda dan gadis tersebut bernama Julia. Anda pun bangun dan menyapa, "Hye. Do you have some time? To have a cup of coffee, maybe?" Fuh. Gentle habis lah. Ditambah dengan ke-handsome-an anda, konfem cair.

2. Perasaan
Cinta monyet ni selalunya dikaitkan dengan perasaan sentiasa berasa "excited" bila bersama pasangan. Kenapa? Tanya budak yg amik Bio. Aku engineering.haha
True Love? The feeling is complicated and sophisticated. Anda gembira, but in the same time, anda akan berasa tenang je bila bersama si dia. Kalau si dia betul-betul sehati dan sejiwa dengan anda, anda dan si dia akan segerak dan selangkah. Every movement goes without saying. ohh..how I love this type of relationship..haha.gedik kau

3. Pandangan mata
OK. Yg ni might be a little bit jiwang tuk korg, but this is true. If kita pandang mata seseorang tu, dan kita dapat baca hatinya melalui matanya, SAH! Dialah jodoh anda.
Kalau cinta monyet, memang xde lah benda ni. Pandang sikit je dah blushing mcm apa dah. hahaha
True Love will let us to see through our love's eyes, and see his/her heart. We can feel the heart beats, and, believe it or not, the rhythm will be the same as ours. That is true love.

4. Ending
Dah nama pun Cinta Monyet, so pastilah akan end up x kekal kan. haha

Like in the other fairytale, the hero and heroin lives happily ever after.. yeah.how I wish it is true. To my future wife, please make my life happy.

OK. Setakat di sini sahajalah pembelajaran kita pada hari ini. Sebab dia 1 credit hour je, so x boleh nk mendalam sangat. Nanti bila korg dah advance bab2 cinta ni, aku bg in depth punya. OK? haha. see ya!

Moral hari ini, October 21st, 2010: Tak rugi mencari cinta, jika cinta membahagiakan kita selama-lamanya. :)