Friday, March 4, 2011

What I've Learned this Winter



Perginya salji diiringi dengan kehadiran bunga-bunga di jalanan. Adakah aku gembira dengan perginya salji ini? Atau adakah aku sedih?

Aku happy. Sebab tak lama lagi bunga pulak yang akan jatuh, dah bukan salji. Best best. But it is undeniable that I will miss Ms Snow. So beautiful that I cant stop look up to the sky, watching the snow falls to the earth and onto my palms. Goodbye Snow, see ya next year :)

Ms Snow ni ada lah ajar aku serba sedikit ajar pasal hidup ni. Antaranya adalah:

  1. Kita kena sentiasa bersedia dengan apa yang each day tu has to offer. Bila tengok dekat weather forecast, -16C tu rasa macam dah sejuk gila. But bila keluar, dengan cuaca sejuk macam tu and tambah lagi dengan angin kencang, peh. Selawat je la yang aku mampu
  2. Mendidik aku untuk menjadi insan yang lebih tabah. Setiap hari nak jalan meredah kesejukan bukanlah suatu yang mudah. Kalau tiba-tiba datang mood malas sebab sejuk, tak ke kelas lah gamaknya.
  3. It also makes me realize yang panas itu adalah lebih baik daripada sejuk. So nanti balik Malaysia, aku dah takkan merungut panas lagi dah sebab sejuk adalah lebih teruk daripada panas. Poyo je. Nanti bila dah panas, baru kau rasa nak sejuk pulak. Manusia, mana penah cukup dengan nikmat yang ada.
  4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri. Walaupun dari kecik rasa macam best je snow, but kalau compare dengan hujan lebat kat Malaysia, hujan lebat kat Malaysia much better, sebab boleh tido dengan bestnya. Kalau snow, sejuk sangat, susah nak tido. haha
Cant wait for the Spring to come. Wanna take lots of pictures with the beautiful scenery. With the blondes too. :D

Moral hari ini, March 4, 2011: Appreciate what we have, because we might not get the second chance to have what we have now in the future. 

2 comments:

atikah adnan said...

Lawa betul gambar. Siapa tangkap? Hihi

Fatin Inani said...

betul ! harini snow balik kat madison... :((