Monday, December 27, 2010

Khutbah Jumaat

Dah 2 minggu aku tak solat Jumaat. 


Pengakuan jujur dari aku. haha. Rasa macam nak pukul kan? Pukul la. Kisah apa aku. Aku bukan sengaja nak tinggal solat Jumaat ni.

2 minggu aku on a road trip. Aku bermusafir. Musafir ke mana? Las Vegas! haha. Tu kira musafir ke? Lantak korang lah. Aku pergi sebab nak berdakwah kat diorang yang berjudi tu. Tapi part paling best bagi tazkirah kat babes yang menari-nari kat tiang tu. Apa nama dia? Pole Dance? Ha. Tu la. Menangis-nangis diorang dengar aku ceramah agama. Siap ada yang datang peluk aku lagi. haha. Ngarut macam sial.

OK. The truth is, dalam 2 minggu ni, aku pergi ke San Francisco, Los Angeles, San Diego, Arizona, and Nevada. It's a very long journey. Berpuluh-puluh jam duduk dalam kereta. Sampai boleh hafal bau kentut masing-masing. hahaha.

Dalam 2 minggu ni jugak la aku miss solat Jumaat, solat yang paling penting dalam diari hidup setiap lelaki. Kalau x pergi, akan dilabel sebagai "budak jahat". So baik pergi. 2 rakaat je pun. Khutbah x yah la dengar. Lepas bagi salam, terus cabut. Baca doa sambil jalan cari motor.

Itulah rutin mingguan mereka-mereka di Malaysia. Bukan semua, tapi sebilangan besar remaja di Malaysia. Jangan nak tipu. Aku pun pernah macam tu. Datang awal, bentang karpet, then mintak upah. Lepas tu tunggu orang datang bawak pisang. Dah puas makan pisang, keluar jap, beli dadih. Masa khutbah dah nak start, masuk masjid semula, but dengan langkah yang amat slow. Malas gila rasanya. Amik air semayang pun lama. Macam nak mandi je kat situ. Dah duduk kat saf, straight terus tido. Bangun2 dah qamat. haha. Bodoh gila aku dulu. Sumpah aku x ingat pape pasal khutbah kat Malaysia. Yang aku tau, awal2 tu khatib bagi salam, then last2 baca doa untuk Sultan. haha

Tapi sekarang, bila dah hidup dengan pak arab ni, aku dah nampak dan rasa sendiri betapa pentingnya solat Jumaat ni.Kalau kat Malaysia dulu, masuk je masjid, terus cari kawan. Kalau ada, borak-borak. Kalau xde, duduk diam-diam, tido. Tapi pak Arab ni bagus. Diorang dengar betul-betul setiap word khatib tu. Aku pun ter-influenced. Memang fokus lah. Siap terasa nak menangis dengar khutbah diorang. Baru dapat rasa erti sebenar menjadi umat Islam.

Moral hari ini, December 27th, 2010: Kita terlalu jahil untuk mengabaikan khutbah. Dengar, hayati, dan laksanakanlah segala yang disampaikan.

P/S : Post yang agak bosan, sebab dah lama x menaip. Sorry ye rakan-rakan sebab menghampakan anda semua. But I promise, I'll be back! haha

1 comment:

miya said...

tak bosan pun! bagus ape entry ni?

so jadilah mcm pak arab tuh.
pak arab tu boleh di contohi tang tu!
klo tang laen, hmmph! TAKYAH