Saturday, January 1, 2011

Rukun Bercuti

Isnin ni start kelas! Fuhh. Tidak sabar sungguh rasanya. haha. Tak sabar nak masuk kelas then ternganga x faham apa orang putih ni cakap, tak sabar nak meredah snow pegi kelas sampai basah-basah jeans and stokin, tak sabar nak buat homework, dan tak sabar nak bangun awal-awal pagi and buat kopi before gerak pegi kelas. Best kan hidup sebagai student? Hari-hari buat benda sama. haha

Sebab tu lah kita diberi cuti. So gunakan cuti tu sebaik mungkin.

Winter break ni aku and budak-budak Ohio State University went to West Coast, nak lari dari snow yang semakin menebal. Kami orang melayu, tak tahan sejuk. hehe

Bagi yang tak tahu west coast tu apa, tengok gambar-gambar ni. A picture can describes a thousand words.






West coast adalah tempat pelakon Hollywood interview masa diorang baru-baru nak naik dulu





West coast juga adalah tempat Superhero-superhero berkumpul




Dan juga sebagai tempat karakter-karakter kartun bermain.


Seriously penat road trip ni. Dari tepi pantai sampai kawasan 7000 ft from the sea surface, dari penjara Alcatraz ke istana Disneyland, dari kawasan meteor ke the city of sin/lights, Las Vegas.

Masa awal-awal trip, semua semangat. Banyak gila gambar. Sampai habis battery camera aku. haha. Dah last-last tu, semua dah pancit. Bukan penat apa, penat duduk dalam kereta je actually.

So kat sini aku nak listkan la apa yang aku experienced and aku rasa penting untuk percutian seterusnya. 

1. Kena ada at least 2 photographer. Kalau tak, kesian photographer yang sorang tu. Gambar dia takde pun. :'( 

2. Kena ada at least sorang joker dalam group tu. Kalau ada 2 kereta, kena ada 2 lah joker, sorang satu kereta, so that driver tak ngantuk. Then joker ni kena pastikan setiap event tu happening gila-gila

3. Kena ada organizer yang mantap. Nasib baik organizer kali ni memang yang terbaik Ohio State dapat lahirkan. Semua lancar je. Siap boleh main go-kart lagi. haha

4. Tak payah bawak baju banyak-banyak sangat sebab nanti kau berjalan tu kau akan beli baju jugak. Then kalau dah banyak sangat baju kau bawak, baju yang kau beli tu nak letak mana? Macam aku, aku bawak 1 beg kosong, khas untuk barang yang akan aku beli. hehe. Bijak kan aku? Biasalah. Siapa tak kenal Sardin The Great ni. haha

5. Ceria-ceriakanlah diri anda. Kalau sorang dah start ceria, confirm yang lain akan ikut jadi gila gak. Kata cuti kan. Kenalah gila-gila. Baru berbaloi bayar mahal-mahal. 

Itu je lah kot rukun bercuti dari aku. Tak boleh banyak-banyak sangat. Rukun Islam ada 5 je. hee

Moral hari ini, January 1st, 2011: Kata-kata pujangga pertama dari aku tahun ni; If you want to be the centre of the world, start by being the centre of a smaller group.

8 comments:

hafiz fikri said...

shape muka kau dengan will smith dah nak lebih kurang sama.haha jk.rambut panjang doe.

Mohd Nor Quiyyum said...

perghhh! lyn seyh

Atikah Adnan said...

tak mintak permission pun nak letak gambar! hahaha

Firdaus said...

Fik: Muka aku mmg mcm artis. Kau x nak simpan rambut ke? Actually aku dah start rimas dgn rambut ni. Tggu nak potong je

Bapak: Haha. Kau kat msia lagi byk tmpt kau boleh pegi. Murah2 pulak tu

Tyka: Ahh. Ni semua from my camera. wekk

Anonymous said...

Rukun ke-6:
Tepati masa

Fatin Inani said...

update ! update !

Firdaus said...

Malas lah. Dah xde mood. haha

Anonymous said...

rukun ke-7: jaga iman. bawa pulang sesuatu yang berguna kepada rohani dan jasmani. kata mahal... ;)