Saturday, October 16, 2010

PLKN suatu pembaziran?

Di suatu petang yang panas di Malaysia,

"Mamak! Limau ais x nak bijik, nak ais 3 ketul satu!"

Tarik kerusi, duduk, keluar handphone letak atas meja. Dari ekor mataku dapat ku lihat kelibat seorang gadis ayu sedang berborak dengan rakannya. Usha jap..haha. Tengok kanan pulak, ada satu family sedang menikmati hidangan mereka, si kecil tampak sungguh comel dengan gelagatnya yang tidak tahu menggunakan sudu itu. OK. Enough mengusha. Nanti kantoi ngn awek sendiri, padan muka. haha

Lalu aku capai surat khabar yang dibeli sebentar tadi. Ku buka. Ku lihat. Dan ku baca tajuk utama hari ini. Bosan. Ku selak selak lagi.

Ohh..menarik.. PLKN Membazir

Lalu ku baca explanation penulis tersebut. Antara point yang diutarakan beliau adalah:
1. PLKN banyak kos. Kos makanan, pakaian, peralatan, keselamatan, tempat tinggal dll..
2. Modul yang tidak efficient dan tidak relevant.
3. Para pelatih tidak banyak berubah dari sebelum dan selepas latihan.

Itulah antara point2 yg penulis tersebut kemukakan.

Aku nak tanya penulis ni lah. Ada kau buat research ke pasal pelatih2 ni? Kalau ada, kau tipu. Kau x tanya aku pun. hahah

YE. Aku pergi PLKN dulu. KISS. Kumpulan 1, Siri 5, K1S5. mcm KISS kn? haha

Aku tengok ramai yang mempersoalkan relevan ke PLKN ni. I will say YES! Why?

Why? Here's why.

PLKN mematangkan pelatih. Memang bila masuk PLKN and keluar PLKN orang tu akan nampak sama je. Sebab pengisian dia melibatkan dalaman. Bukan luaran. Masuk kelas, pelatih akan diajar macam2 seperti communication skills, leadership skills, semangat cintakan negara, dan macam2 lagi yg panjang berjela nk diexplain kt sini.

That's only part of it. The thing yg buat kami, para pelatih PLKN, matang is di luar kelas. Kat mana? Dalam DORM! haha. takut kn bunyinya. sounds ambiguous and feels curious kan? haha

Kat dalam dorm ni la kau akan bersosial dengan berbagai jenis manusia. Dari Pak Imam surau, para-para cendekiawan nerd2 sekalian, hinggalah ke mat rempit, kaki pukul dan peragut. Dengan bersosial camni, ktorg dapat learn something that's so precious and no one can teach it. Matang.

Aku dapat nampak beza antara dorg semua. Korg pn mst la dpt nmpk gak kn. haha. Actually yg mat-mat rempit ni baik gak. Juz dorg kurang bimbingan. Bila dah kenal-kenal, dapat la tau cara pemikiran dorg. So, kawan la pulak dengan pak imam. Jangan kawan dengan imam baru kawan dengan mat rempit, confirm mat rempit pulau kau. Pak imam ni pulak otak dorg mmg geliga. Maybe sebab hati bersih kot. Tapi, dorg ni kurang bersosial. So amik yg part dia geliga je ok. Then, kawan cuba la rapat-rapat dengan nerd-nerd ni pulak. Mesti korg x puas hati kn kenapa nk kawan dengan nerd pulak. But. Kita sebagai umat Islam, harus dan sebenarnya wajib merapatkan silaturrahim sesama manusia, apakan lagi sesama Muslim. So, sedang dia baca buku, duduk tepi dia, bagi salam. Tanya la buku tu pasal apa, Ohh..Cara-Cara Bersosial..Patut lah kau "pandai" bersosial. Kau ikut buku..haha.Nak bersosial dan berkawan, xde cara yg betul. Semuanya kita kena belajar sendiri, through life.

OK OK. dah lari topik. sorry.

So bila dah di-pack-kan dalam 1 barrack camtu dengan manusia yang berbagai jenis ni, apa kita kena buat? Haaa...pandaiii.. Adapt..bila dah adapt, kita automatically, or spontaneously, akan jadi lebih mature. Tu baru adapt. Bila dah start berkawan dan tau cara pemikiran masing2 dan amik yg baik2 dari dorg, so lama-lama akan matang lah kita.

As a conclusion, haha.skema gila aku. Kesimpulannya, pada aku la, PLKN x membazir. Indeed, dia bwak banyak faedah kepada sesape yg pegi. Bukan saja korg akan belajar menembak, korg akan belajar berenang tau! hahaha

Moral hari ini, October 16th, 2010: Jangan takut kalau kena pegi PLKN, ianya amat berfaedah. Dan belajar-belajarlah bersosial. Tapi jangan belajar dari buku, tu semua menipu je. ^_^

2 comments:

Fatin Inani said...

eh eh daus ada bloggg ! haha

Firdaus said...

haha. smart kan?