Monday, November 22, 2010

Study Guide

OMG OMG OMG!     Nak SPM dah!

Post ini adalah khas untuk para pelajar sekalian. Juga untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil di rumah atau di tadika.

Cara-Cara Belajar yang Berkesan Mengikut Pakar Motivasi Dr Firdaus Asa'ri


Sebelum
1. Letakkan kata-kata motivasi di softboard, supaya anda rasa bersemangat untuk belajar.
2. Make sure keadaan bilik dalam keadaan bersih dan jauh dari ancaman perkara yang melalaikan seperti laptop atau komik.
3. Pastikan tidur yang cukup.
4. Makan ikut food pyramid
5. Solat lima waktu sehari semalam.
6. Duduk di tempat belajar anda, baca doa dan tarik nafas panjang2, slowly, 3 times

Semasa
1. Fokus betul2. Jangan fikir benda lain. Ni especially to girls. Masa belajar, mesti nak ingat "Aku kena belajar betul2, nak banggakan mak ayah aku". Your study efficiency will drop drastically. Kalau kau belajar 5 jam dengan worrying or thinking bout something else, what you are studying tu actually it's like 2 hours needed by those yang study betul2 with their mind on the books.

2. If tengah baca tu x dapat nak faham apa yang korang tengah baca tu, tutup buku, tarik nafas panjang2, minum air masak sikit. This also applies to exam. Dulu masa SPM, stiap kali aku stuck x dapat nak jawab soalan, aku akan tutup paper tu, angkat tangan, tggu invigilator tu datang, then cakap "Nak pegi toilet" Dah sampai tu, relax2 kejap, basuh2 muka, masuk toilet, keluar handphone, miskol member, tggu 5 minit, dia masuk, then bincang. hahaha. Korang yang x expert jangan try, nanti kantoi kau bersalah atas dua kesalahan, meniru and bawak handphone ke sekolah. haha

3. Cuba masa belajar tu korang gerak-gerakkan kaki. Proses pembelajaran akan menjadi lebih lancar pabila sel-sel otak bergabung. haha, ngarut punya iklan susu. Gerakkan kaki so that darah akan lebih lancar dan ini akan membantu otak anda untuk menghafal lebih banyak info dalam satu-satu masa. Ini kerana otak memerlukan kandungan oksigen yang mencukupi bagi membolehkannya berfungsi dengan baik. Dan untuk mendapatkan kandungan oksigen ni, kita kena pastikan darah bergerak lancar. Untuk darah bergerak lancar, kita kena banyak bergerak. Sebab tu jugak la ada orang yang suka berjalan masa nak menghafal something. Try la. Korang akan rasai perbezaannya. haha

4. Jangan layan segala call or message yang korang terima. Masa study, study. Nak bercinta, malam-malam la sikit. Baru best..haha

Selepas
1. Doa agar apa yang korang belajar tu melekat kat kepala sampai final exam. So nanti x payah nak study balik dah.
2. Take a nap. Ini sangat membantu. Aku x tau dari segi scientific-nya, but dari pengalaman aku belajar selama 20 tahun ni, ini akan dapat membantu anda merehatkan minda dan kembali bertenaga. But ingat, 5-15 mins je. Jangan lama-lama. Nanti badan letih
3. Dah habis belajar and took your deserved nap, pegi jalan-jalan, round-round bilik member. Ni dapat mengembalikan mood and keceriaan anda setelah tidur. Kalau nak lagi bagus, pegi turun bersukan. Main bola ke, badminton ke, paling malas pun, main game. But kalau main game, pastikan menang, kalau kalah kau bengang, x jadi gak. Macam Fadhil. haha

OK. Itu kalau study, apa nak buat kalau masa exam, tiba-tiba apa yang disoal tu kau x belajar lagi? *Ini x kan terjadi kalau korang belajar and cover semua dalam syllabus tu. Study last minute mmg akan jadi camni la. Apa nak buat? Pernah dengar By hook or by crook? Haa..Masa ni lah kita nak guna otak kita yang cerdas ni untuk mendapatkan jawapan.

1. Duduk tegak2.
2. Tarik nafas panjang2.
3. Muka pandang ke depan, but mata ke tepi, ke arah kertas budak sebelah.
4. Dengan muka cool dan mata yang tajam, tengok budak sebelah jawab apa.
5. Dah nampak jawapan dia, cuba fikir2 balik betul ke jawapan dia tu. Jangan tiru bulat2. Ini lah namanya Tiru-Cara-Pandai

Semoga berjaya dalam examination masing-masing guys!  :)

Moral hari ini, November 22, 2010: Kita semua dilahirkan pandai. Jangan ingat gagal sekali bermakna gagal selamanya. Bangkit, bangun dari kegagalan tu dan tunjukkan pada dunia yang kita juga boleh. Kepada yang belum pernah gagal, lepak-lepak ah doe. Kitorang nak berjaya gak... haha

6 comments:

Atikah Adnan said...

Teruk la ajar menipu. Nanti tak berkat lahh. LOL

Firdaus said...

Berkat x berkat. Nak berjaya kena pandai. haha

rumah 2F said...

yes bilik 1st kene bersih,
macammmm bilik sardinnn........

myra said...

wah terbaik la study guide ko.. dah xperlu study guide from lecturer dah!

akan aku praktikkan nnt.. :)

Firdaus said...

bilik 2F: ini tidak lain tidak bukan mesti padil.

myra: Baik jangan ikut. Kang sesat. haha

rumah 2F said...

hahahaha @firdaus@myra: betol tu!! sumpah ajaran sesat post nehh!! (haha btw aku bace 2 3 line yg ats2 je pn)

gua duk kat living room, bkn room