Thursday, February 17, 2011

Lelaki

Jadi laki senang, tak payah bersalin

Jadi laki senang, tak payah mekap

Jadi laki senang, tak payah belajar jadi camwhore

Jadi laki senang, tak payah masak

Jadi laki senang, tak payah kemas bilik

Jadi laki senang, tak payah dress up nak pegi date

And many other things that girls say about guys.

Then ada pulak yang cakap lelaki keje dia pergi semayang jumaat je, itu pun susah nak buat. Mentang-mentang ada segelintir yang tak dapat pergi, korang dah cakap laki ni susah nak pergi solat jumaat. Walaupun aku tak pernah miss solat jumaat ni dengan sengaja, but telinga aku sumpah sakit bila ada orang cakap macam tu. Kau ingat senang ke nak pergi solat jumaat ni? Kau bayangkan, setiap minggu, dari kecik, pergi masjid, solat jumaat. OK. It does sounds easy. But cuba kau bayangkan kalau kau yang kena pergi. Tak payah cakap pasal nak pergi solat jumaat setiap minggu la, kau punya mekap pun kau tak boleh nak stick onto it for long enough, apa lagi nak pergi solat jumaat tiap2 minggu kan. Mekap baru pakai berapa kali, dah bosan, then buang. Lelaki yang istikamah pergi solat jumaat setiap minggu ni sumpah lelaki yang penyabar. jujur aku cakap, ada jugak la beberapa kali terbit rasa malas tu nak pergi, but Lillahitaala, aku pergi jugak. Aku bukan nak back up lelaki yang tak pergi solat jumaat ni. Aku just nak cakap how hard it is to be a guy.

Ada jugak orang cakap kalau nak jadi imam pun susah, baik tak payah jadi husband macam tu. haha. Yang ni aku tak tau nak cakap apa. Aku bukan tak pernah jadi imam, but kadang-kadang tu aku takut. Takut je eh, but aku still layan je kalau orang mintak aku jadi imam. Aku kan sporting. haha. But korang tau tak apa cabaran terbesar jadi imam ni? Tanggungjawab. Itulah cabaran terbesar jadi imam. Did you know that bila kita solat jemaah, syurga and neraka depends kat imam? Kalau sempurna solat tu, maka syurgalah tempat mereka yang berjemaah itu. But kalau tak sempurna, maka imam tersebut akan menanggung segala dosa. Tak tau kan? Sekarang kau dah tau, so kalau ada lelaki yang tak sanggup jadi imam tu, baik kau maafkan dia. Tanggungjawab menjadi imam ni sangat besar, bukan boleh buat main-main.

Then ada jugak yang cakap lelaki zaman sekarang dah tak boleh dipercayai. Ohh. Is it? Then why do they marry us then? Isnt the roots of marriage are love and trust? If man nowadays is not trustworthy, why's that there's still marriage? Yes, we do look at other girls. But it's just some "eye-glaring". But a guy cant love two girls at the same time. Pernah ke kau jumpa kat majalah mana2, yang bincang pasal lelaki ni sayang 2 perempuan? Jarang sangat-sangat. Yang selalu kita jumpa is perempuan ni ada abang angkat, then jatuh hati kat dia, but in the same time she likes another guy. haha. Typical isnt it? Yeah. Because women have that ability to love people around them.

Apa lagi ek. Ha. Ada orang selalu kutuk, dia penat lelah kemas rumah, bila lelaki ni balik, tak layan pun isteri dia. OK. Adakah anda lupa bahawa itu tanggungjawab perempuan untuk menjaga hal-ehwal rumahtangga? Lelaki dah penat melayan kerenah and jaga anak buah and customer kat tempat keje, kau yang hanya perlu jaga sorang suami ni pun susah ke? Banyak cantik muka kau. haha

Please, hanya kerana kau kena bersalin, tak bermakna kau ada hak nak cakap hidup as a guy ni senang. Macam lah kau pernah jadi laki kan nak cakap macam tu. haha

Sorry kepada sesiapa yang offended, ini hanyalah apa yang selalu terjadi in typical malay drama. But kalau kau terasa, itu memang siapa makan cili, dia terasa pedasnya lah. hahaha

Moral hari ini, February 17, 2011: Jangan suka mengumpat, tak baik. Dosa..hahaha

1 comment:

Anonymous said...

what i can say is...im agree with u...nice entry:))