Saturday, February 12, 2011

Perempuan Kasar

Main bola, badan terbang sana-sini. Makan, nasi bertempek-tempek dekat muka. Duduk terkangkang-kangkang. Borak, satu bas dengar.

Memang penampar sekali ah aku bagi kat perempuan mcm tu. Aku tak kisah kalau kau nak main bola tapi sepak tak kena, tapi part yang bising satu bas dengar tu, sumpah aku tak boleh tolerate. Pot pet pot pet, muahahahaha. Cakap sikit, gelak lebih. Fuh. Sabar je la. Nasib baik aku gentleman, senyum manis je kat awek tu. Then diam lah diorang. Dek panahan senyuman menggoda aku. hahaha geli

As a guy, aku tau yang perempuan jenis kasar mcm ni susah nak dapat tempat as gadis idaman. Apatah lagi nak jadi ciri-ciri isteri yang dicari.

Tetapi, tahukah anda bahawa mereka ini juga punya hati dan perasaan? Tahukah anda mereka ini juga ingin dikasih dan dibelai? Tahukah anda bahawa mereka ini juga ada nafsu untuk disayangi dan menyayangi?

Anda patut tahu bahawa dunia ini diciptakan adil dan balanced. Dengan berbagai ragam manusia, dari yang suka menari, hingga yang suka mengaji. So no wonder jugak la kalau Allah ciptakan mereka-mereka yang kasar ni.

Kenapa gadis-gadis yang kasar ni dicipta di muka bumi ni? Sedarkah anda bahawa gadis-gadis yang macam ni ada satu ability yang gadis-gadis "ayu" ni jarang ada? Apakah ability tersebut?

Ianya adalah kebolehan mereka untuk memahami hati lelaki. Bukan aku nak cakap gadis lembut tak faham hati lelaki, but sebab gadis yang kasar sikit ni ada tendency untuk lebih mendekati kaum adam ni. So dari situ lah mereka dapat lebih mengenali hati budi dan cara lelaki berfikir.

Ini adalah penting kerana setiap jantan memerlukan betina, dan setiap lelaki memerlukan wanita. So apa kena mengena dengan gadis sempoi ni? Haa. Dengan adanya gadis sempoi mendampingi diri seorang jejaka ni, maka akan lebih senang lah jejaka ini nak ngorat gadis lain. Hal ini kerana walaupun gadis seperti ini kasar, namun hakikat bahawa gadis tersebut masih wanita tidak akan pernah berubah. So gadis ni semestinya tahu akan hati seorang gadis sepertinya. Maka gadis ini akan memberi tips-tips berguna kepada jejaka tersebut.

Itu kegunaan pertama gadis kasar ni.

Kedua, gadis kasar ini juga boleh digunakan sebagai pelakon. Tidak dinafikan di dunia ni wujud jejaka-jejaka yang loser yang takde awek, atau dalam erti kata lain, sering direject awek. Jejaka-jejaka loser ini bolehlah menggunakan awek-awek jenis ini untuk membuktikan kepada rakan-rakannya bahawa dirinya tidaklah loser. Alangkah mulianya hati gadis tersebut untuk merelakan dirinya dipergunakan.

Akhir sekali, gadis kasar ini juga boleh menjadi pelindung kepada group sorority mereka. Tanpa mereka, macam mana group tersebut nak survive kalau berlaku pergaduhan sesama sorority? Takkan nak depend dekat gadis-gadis ayu yang gaduh dengan menarik rambut. Maka, dengan kehadiran mereka yang kasar ini, kumpulan sorority tersebut akan terselamat kerana at least mereka ini mampu atau tahu bagaimana hendak menumbuk dan menendang.

Haha. Ok. Aku saja tulis merapu ni sebab nak cuba buat post dalam bahasa melayu. Tapi aku give up. Susah kot! Gila ah. Fail spm mcm ni. haha

Moral hari ini, February 12th, 2011: Respect others. Walaupun mereka berlainan dari kita, tapi itu bukan alasan untuk kita memulaukan mereka. Dampingilah mereka dan fahamilah hati mereka. Dengan berbuat demikian, secara tidak langsung kita akan dapat pahala, sebab memahami hati seseorang sama seperti mempelajari sesuatu subjek. As we all know, dengan belajar kita dapat pahala. heee :)

6 comments:

Anonymous said...

Baru lepas tengok Sorority Row ke? ahahaha XD

Betul dow apa yg kau tulis ni, aku sebagai golongan yg tergolong dlm perempuan kasar mengakuinya. kah3.

fafa said...

hehh, betul betul. biarpun kadang-kadang perempuan kasar nampak macam tak "ayu" tp still die ade hati dan perasaan. dan rasanya lebih memahami pasangan. :D

Firdaus said...

Anonymous: Aku just tulis apa yang reader aku request je. hehe

Firdaus said...

Fafa: Thanks :)

Syahirah Karmila said...

Hemm, oklah..not bad. Blog ni,,boleh je setanding dengan blog popular yang lain (bukan niat memuji) @Anonymous

Ceritahana@gmail.com said...

Saye membesar dengan baju lelaki but still Saye sedar seorang pompuan memang susah sikit nak berayu mase awak 20an dulu tapi Saye belajar kini kahwin umo 33 thn baru dapat susah sikit nak kawal diri yang sangat bruta ni x nak dgr cakap suami Saye seorang yang sikap lembut huhu dia akan cuba nak jinak kan Saye ni huhu